JESUS THE KING: Renungan Paskah oleh Timothy KellerSampel
"Dipanggil oleh Raja"
Injil bukanlah nasihat: Injil ialah berita baik bahawa anda tidak perlu mencari jalan kepada Allah berdasarkan usaha sendiri; Yesus telah melakukannya untuk anda. Ia merupakan kurnia yang anda terima kerana kasih karunia semata-mata—melalui perkenanan yang tidak layak daripada Allah. Jika anda menerima kurnia ini dan terus berpegang padanya, panggilan Yesus tidak akan membawa anda kepada fanatasisme atau kesederhanaan. Anda akan bersemangat menjadikan Yesus matlamat dan keutamaan mutlak anda, berada dalam lingkungan pengaruh-Nya; namun apabila anda menemui seseorang dengan keutamaan yang berbeza, iman yang berbeza, anda tidak akan menganggap bahawa mereka adalah tidak sebaik anda. Anda akan cuba melayani mereka daripada menindas mereka.
Mengapa? Kerana injil bukanlah tentang pilihan untuk mengikuti nasihat, ia adalah tentang panggilan untuk mengikuti Raja. Bukan seorang yang memiliki kuasa and autoriti untuk memberitahu anda apa yang perlu dilakukan sahaja—tetapi seseorang dengan kuasa dan autoriti untuk melakukan apa yang perlu dilakukan, kemudiannya menawarkannya kepada anda sebagai berita baik.
Di manakah anda melihat jenis autoriti ini? Pembaptisan Yesus sudah disertai tanda luar biasa yang mengumumkan autoriti ilahi-Nya. Selepas itu, kita melihat Simon, Andreas, Yakobus, dan Yohanes mengikuti Yesus dengan segera—jadi panggilan-Nya itu mempunyai autoriti. Markus terus membina atas tema ini:
"Mereka tiba di Kapernaum. Setelah hari Sabat mulai, Yesus segera masuk ke dalam rumah ibadat dan mengajar. Mereka takjub mendengar pengajaran-Nya, sebab Ia mengajar mereka sebagai orang yang berkuasa, tidak seperti ahli-ahli Taurat."
(Markus 1:21–22)
Markus menggunakan istilah berkuasa buat pertama kalinya; secara harfiah, perkataan itu bermaksud "sesuatu yang luar daripada lain daripada yang lain". Ia berasal daripada kata dasar yang sama dengan perkataan penulis. Markus memaksudkan bahawa Yesus mengajar tentang kehidupan dengan autoriti asal daripada autoriti terbitan.
Apakah rupa bentuk kehidupan anda dan perasaannya jika anda berserah sepenuhnya kepada Raja sempurna seperti ini? Kehidupan kerja anda? Kehidupan cinta? Kehidupan keluarga? Kehidupan kewangan? Kehidupan sosial?
Petikan daripada JESUS THE KING oleh Timothy Keller
Dicetak semula dengan pengaturan Riverhead Books, ahli Penguin Group (USA) LLC, A Penguin Random House Company. Hak cipta © 2011 oleh Timothy Keller
Dan daripada JESUS THE KING STUDY GUIDE oleh Timothy Keller dan Spence Shelton, Hak cipta © 2015 oleh Zondervan, sebahagian daripada HaperCollins Christian Publishers.

Kitab
Perihal Pelan
Penulis terlaris bagi surat khabar New York Times dan pastor terkenal, Timothy Keller berkongsi satu siri episod daripada kehidupan Yesus sebagaimana yang dikisahkan dalam kitab Markus. Dengan meneliti cerita-cerita ini, dia memberikan wawasan baru tentang hubungan antara kehidupan kita dan kehidupan Anak Allah, menjelang Paskah JESUS THE KING merupakan buku dan panduan pengajian untuk kumpulan kecil, yang tersedia ada di mana-mana jua buku dijual.
More
Petikan buku daripada Riverhead Books, ahli Penguin Random House, Study guide oleh HarperCollins Christian Publishers. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.penguin.com/book/jesus-the-king-by-timothy-keller/9781594486661 atau http://www.zondervan.com/jesus-the-king-study-guide