JESUS THE KING: Renungan Paskah oleh Timothy KellerSampel
"Kematian Segala Kematian"
Yesus mengatakan kepada murid-murid-Nya, "selepas tiga hari, Aku akan bangkit semula." Dia mengatakannya dalam Markus 8, sekali lagi dalam Markus 9, dan diulang dalam Markus 10.
Memandangkan pengulangannya, sesuatu yang aneh sedang berlaku. Pada hari yang ketiga selepas kematian Yesus, tiada murid lelaki yang hadir; murid perempuan muncul, tetapi mereka membawakan semua ramuan dan minyak wangi yang biasanya digunakan untuk mengurapi mayat. Tiada orang menjangkakan kebangkitan. Jika anda ialah penulis Injil Markus, yang cuba menuliskan fiksyen yang boleh dipercayai, dan anda membuat Yesus mengulang kepada murid-Nya bahawa Dia akan bangkit pada hari ketiga, bukankah sekurang-kurangnya seorang murid harus memikirkan ini selepas kematian Yesus dan katakan kepada orang lain, "Hei, hari ini hari ketiga. Mungkin kita harus pergi ke kubur Yesus. Kita tidak rugi." Itu adalah munasabah. Namun, tiada orang yang mengatakan apa-apa seperti itu. Sebenarnya, mereka langsung tidak menjangkakan kebangkitan. Itu tidak pernah terlintas di fikiran mereka. Malaikat di depan kubur yang kosong perlu mengingatkan perempuan itu: "Di situ kamu akan melihat Dia, sebagaimana yang telah dikatakan-Nya kepada kamu." Jika Markus telah mereka cerita ini, dia tidak akan menulisnya demikian.
Inilah maksudnya: Kebangkitan itu tidak dapat dibayangkan oleh murid-murid pertama, sebagaimana ia adalah mustahil untuk dipercayai mereka, ia sama juga kepada ramai antara kita pada zaman ini. Seandainya, sebab-sebab mereka mungkin berbeza daripada sebab-sebab kita. Orang Yunani tidak percaya akan kebangkitan; dari segi pandangan hidup Yunani, hidup sesudah mati adalah pembebasan roh daripada tubuh. Bagi mereka, kebangkitan tidak mungkin sebahagian daripada kehidupan selepas kematian. Bagi orang Yahudi pula, sesetengah daripada mereka mempercayai tentang kebangkitan umum pada masa depan apabila seluruh dunia diperbaharui, tetapi mereka tidak mempunyai konsep akan individu yang bangkit daripada kematian. Orang pada zaman Yesus tidak berkecenderungan mempercayai kebangkitan sama seperti kita.
Adakah sukar untuk mempercayai bahawa Yesus telah bangkit daripada kematian? Bagaimanakah kebangkitan Yesus memberikan anda harapan?
Petikan daripada JESUS THE KING oleh Timothy Keller
Dicetak semula dengan pengaturan Riverhead Books, ahli Penguin Group (USA) LLC, A Penguin Random House Company. Hak cipta © 2011 oleh Timothy Keller
Dan daripada JESUS THE KING STUDY GUIDE oleh Timothy Keller dan Spence Shelton, Hak cipta (c) 2015 oleh Zondervan, sebahagian daripada HaperCollins Christian Publishers.

Perihal Pelan
Penulis terlaris bagi surat khabar New York Times dan pastor terkenal, Timothy Keller berkongsi satu siri episod daripada kehidupan Yesus sebagaimana yang dikisahkan dalam kitab Markus. Dengan meneliti cerita-cerita ini, dia memberikan wawasan baru tentang hubungan antara kehidupan kita dan kehidupan Anak Allah, menjelang Paskah JESUS THE KING merupakan buku dan panduan pengajian untuk kumpulan kecil, yang tersedia ada di mana-mana jua buku dijual.
More
Petikan buku daripada Riverhead Books, ahli Penguin Random House, Study guide oleh HarperCollins Christian Publishers. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.penguin.com/book/jesus-the-king-by-timothy-keller/9781594486661 atau http://www.zondervan.com/jesus-the-king-study-guide