JESUS THE KING: Renungan Paskah oleh Timothy KellerSampel

JESUS THE KING: An Easter Devotional By Timothy Keller

HARI 7 DARIPADA 9

"Persekutuan dan Komuniti"
Ingat kembali apa yang dikatakan Yesus semasa Dia mengambil cawan:
Kemudian Dia mengambil sebuah cawan berisi wain. Dia mengucap syukur kepada Allah, lalu memberikan cawan itu kepada pengikut-pengikut-Nya. Kemudian mereka semua minum dari cawan itu. Yesus berkata, “Inilah darah-Ku yang dicurahkan untuk banyak orang, darah yang mengesahkan perjanjian Allah. Percayalah, Aku tidak akan minum wain ini lagi sehingga hari itu apabila Aku minum wain baru di Dunia Baru Bapa-Ku."
(Markus 14:23-25)
Kata-kata Yesus memaksudkan akibat daripada korban yang menggantikan, kini wujud satu perjanjian yang baru antara Allah dan kita. Dasar hubungan ini adalah darah Yesus sendiri: "darah-Ku yang dicurahkan untuk banyak orang, darah yang mengesahkan perjanjian Allah." Apabila Dia mengumumkan bahawa Dia tidak akan minum lagi sehingga hari itu apabila Dia menemui kita di kerajaan Allah, Yesus menjanjikan bahawa Dia mengabdikan diri-Nya tanpa syarat kepada kita: "Aku akan membawa kamu ke dalam dakapan Bapa. Aku akan membawa kamu ke jamuan Raja." Yesus kerap membandingkan kerajaan Allah dengan jamuan yang besar. Dalam Matius 8, Yesus berkata, "Ketahuilah! Banyak orang akan datang dari timur dan dari barat, lalu menikmati perjamuan di Dunia Baru Allah." Yesus menjanjikan bahawa kita akan menikmati jamuan ini bersama-Nya.
Dengan gerakan mengambil roti dan wain yang mudah ini, dengan kata-kata ringkas "Ini tubuh-Ku . . . Inilah darah-Ku," Yesus sebenarnya mengatakan bahawa semua pembebasan terdahulu, korban terdahulu, domba Paskah, menunjuk kepada-Nya. Sebagaimana Paskah yang pertama menandakan malam sebelum Allah menebus orang Israel daripada perhambaan melalui darah domba, jamuan Paskah ini akan dimakan semalam sebelum Allah menebus dunia daripada dosa dan kematian melalui darah Yesus.
Apakah beberapa perkara yang perlu berlaku dalam hati dan fikiran anda supaya anda boleh menerima apa yang ditawarkan Yesus secara ikhlas?

Petikan daripada JESUS THE KING oleh Timothy Keller
Dicetak semula dengan pengaturan Riverhead Books, ahli Penguin Group (USA) LLC, A Penguin Random House Company. Hak cipta © 2011 oleh Timothy Keller

Dan daripada JESUS THE KING STUDY GUIDE oleh Timothy Keller dan Spence Shelton, Hak cipta (c) 2015 oleh Zondervan, sebahagian daripada HaperCollins Christian Publishers.
Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

JESUS THE KING: An Easter Devotional By Timothy Keller

Penulis terlaris bagi surat khabar New York Times dan pastor terkenal, Timothy Keller berkongsi satu siri episod daripada kehidupan Yesus sebagaimana yang dikisahkan dalam kitab Markus. Dengan meneliti cerita-cerita ini, dia memberikan wawasan baru tentang hubungan antara kehidupan kita dan kehidupan Anak Allah, menjelang Paskah JESUS THE KING merupakan buku dan panduan pengajian untuk kumpulan kecil, yang tersedia ada di mana-mana jua buku dijual.

More

Petikan buku daripada Riverhead Books, ahli Penguin Random House, Study guide oleh HarperCollins Christian Publishers. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.penguin.com/book/jesus-the-king-by-timothy-keller/9781594486661 atau http://www.zondervan.com/jesus-the-king-study-guide