JESUS THE KING: Renungan Paskah oleh Timothy KellerSampel

JESUS THE KING: An Easter Devotional By Timothy Keller

HARI 6 DARIPADA 9

"Memungkinkan Hal yang Mustahil"
Dalam pertemuan ini, Yesus mengatakan bahawa terdapat sesuatu yang benar-benar tidak kena dengan kita—tetapi wang mempunyai kuasa yang dapat membutakan kita terhadapnya. Sebenarnya, ia mempunyai begitu banyak kuasa untuk memperdayakan kita tentang keadaan rohani sebenar kita sehingga kita memerlukan campur tangan berbelas kasihan dan luar biasa daripada Allah untuk melihatnya. Sememangnya mustahil tanpa Allah, tanpa mukjizat. Tanpa kasih karunia.
Pertimbangkan cara Yesus menasihati pemuda ini. Ya, pemuda ini memerlukan kaunseling, walaupun pada luarannya dia kelihatan tenang. Dia adalah kaya, muda, dan barangkali tampan—adalah sukar untuk menjadi kaya dan muda dan tidak tampan. Namun, dia tidak tenang. Jika dia adalah tenang, dia tidak mungkin datang kepada Yesus dan menanya, "Apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?"
Mana-mana orang Yahudi yang salih pasti tahu jawapan kepada soalan ini. Para guru sentiasa mengutarakan soalan ini dalam penulisan dan pengajaran mereka. Dan jawapan mereka sentiasanya sama; tiada aliran yang berbeza tentang hal ini. Jawapannya adalah "Patuhi hukum Allah dan elakkan segala dosa." Pemuda ini mengetahui jawapan ini. Namun, mengapakah dia menanya Yesus?
Kenyataan Yesus yang jelas "Masih ada satu perkara yang harus kamu lakukan" membenarkan kita untuk memahami pergumulan pemuda itu. Dia mengatakan, "Saya melakukan segala sesuatu dengan betul: Saya berjaya dari segi ekonomi, sosial, moral, agama. Saya mendengar bahawa Engkau ialah guru yang baik, dan saya tertanya-tanya sama ada saya tertinggal apa-apa, sesuatu yang terlepas perhatian saya. Saya rasa ada sesuatu yang lagi yang harus dilakukan."
Sudah tentu, dia terlepas sesuatu. Oleh sebab sesiapa yang bergantung kepada hal-hal yang dilakukannya untuk memperoleh kehidupan kekal akan mendapati bahawa, meskipun segala pencapaiannya, wujudnya suatu kekosongan, perasaan tidak yakin pada diri sendiri, keraguan. Sesuatu pasti tertinggal. Bagaimanakah seseorang boleh mengetahui sama ada dia sudah memadai?
Bagaimanakah anda dapat mengejar kerjaya yang berjaya dan tidak tunduk kepada perangkap kekayaan? Apakah beberapa cara di mana injil telah mengubah—atau boleh mengubah—sikap anda terhadap wang?

Petikan daripada JESUS THE KING oleh Timothy Keller
Dicetak semula dengan pengaturan Riverhead Books, ahli Penguin Group (USA) LLC, A Penguin Random House Company. Hak cipta © 2011 oleh Timothy Keller

Dan daripada JESUS THE KING STUDY GUIDE oleh Timothy Keller dan Spence Shelton, Hak cipta (c) 2015 oleh Zondervan, sebahagian daripada HaperCollins Christian Publishers.
Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

JESUS THE KING: An Easter Devotional By Timothy Keller

Penulis terlaris bagi surat khabar New York Times dan pastor terkenal, Timothy Keller berkongsi satu siri episod daripada kehidupan Yesus sebagaimana yang dikisahkan dalam kitab Markus. Dengan meneliti cerita-cerita ini, dia memberikan wawasan baru tentang hubungan antara kehidupan kita dan kehidupan Anak Allah, menjelang Paskah JESUS THE KING merupakan buku dan panduan pengajian untuk kumpulan kecil, yang tersedia ada di mana-mana jua buku dijual.

More

Petikan buku daripada Riverhead Books, ahli Penguin Random House, Study guide oleh HarperCollins Christian Publishers. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.penguin.com/book/jesus-the-king-by-timothy-keller/9781594486661 atau http://www.zondervan.com/jesus-the-king-study-guide