JESUS THE KING: Renungan Paskah oleh Timothy KellerSampel

JESUS THE KING: An Easter Devotional By Timothy Keller

HARI 8 DARIPADA 9

"Raja yang Disalib"
Apabila Imam Agung menanya-Nya, "Kamukah Penyelamat yang diutus oleh Allah, Anak Allah Yang Maha Suci?” Yesus menjawab, "Ya." Melalui balasan itu, Yesus sebenarnya mengatakan: "Aku akan datang ke bumi dalam kemuliaan Allah dan menghakimi seluruh dunia." Ia merupakan suatu kenyataan yang mengejutkan. Ia merupakan suatu dakwaan keilahian.
Antara semua balasan yang mungkin dinyatakan Yesus—dan terdapat banyak teks, tema, gambaran, metafora, dan petikan Kitab Suci Ibrani yang boleh digunakan-Nya untuk memperkenalkan diri-Nya—Dia secara khususnya menyatakan bahawa Dia ialah hakim. Melalui pilihan teks-Nya, Yesus memaksa kita secara sengaja untuk melihat paradoks itu. Terjadinya suatu kebalikan yang besar. Dia ialah hakim atas seluruh dunia, meskipun dihakimi dunia. Dia sepatutnya duduk di tempat penghakiman, dan kita sepatutnya berada di kandang orang salah, terbelenggu. Segala sesuatu diterbalikkan.
Dan sebaik sahaja Yesus mendakwa ialah hakim, sebaik sahaja Dia mendakwa keilahian-Nya, respons yang sengit timbul. Markus menulis:
"Yesus menjawab, “Ya! Kamu semua akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa, serta datang dikelilingi awan dari langit!” Imam Agung mengoyakkan pakaiannya dan berkata, “Kita tidak memerlukan saksi lagi! Kamu sudah mendengar dia mengkufuri Allah! Apakah keputusan kamu?” Mereka semua mengambil keputusan bahawa Yesus memang bersalah dan mesti dihukum mati. Beberapa orang mula meludahi Yesus. Mereka menutupi mata-Nya dan memukul Dia. “Tekalah,” kata mereka, “siapa yang memukul kamu?” Pengawal-pengawal di situ pun menampar Dia. (Markus 14:62-65)
Imam Agung mengoyakkan bajunya, suatu tanda kemarahan, kengerian, dan kesedihan tertinggi yang mungkin. Dan seluruh perbicaraan itu semakin merosot. Sebenarnya, ia bukanlah suatu perbicaraan lagi: ia adalah suatu pemberontakan. Para juri dan hakim mula meludahi-Nya dan memukul-Nya. Di tengah-tengah perbicaraan itu, mereka naik gila. Dengan serta-merta, Dia didapati bersalah kerana mengkufuri Allah dan dihukum mati.
Sementara anda dan saya tidak dapat meludahi muka Yesus secara harfiah, kita masih boleh mempersenda-sendakan dan menolak Dia. Dari segi apakah kita cenderung menolak Yesus sebagai Allah?
Petikan daripada JESUS THE KING oleh Timothy Keller
Dicetak semula dengan pengaturan Riverhead Books, ahli Penguin Group (USA) LLC, A Penguin Random House Company. Hak cipta © 2011 oleh Timothy Keller

Dan daripada JESUS THE KING STUDY GUIDE oleh Timothy Keller dan Spence Shelton, Hak cipta (c) 2015 oleh Zondervan, sebahagian daripada HaperCollins Christian Publishers.
Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

JESUS THE KING: An Easter Devotional By Timothy Keller

Penulis terlaris bagi surat khabar New York Times dan pastor terkenal, Timothy Keller berkongsi satu siri episod daripada kehidupan Yesus sebagaimana yang dikisahkan dalam kitab Markus. Dengan meneliti cerita-cerita ini, dia memberikan wawasan baru tentang hubungan antara kehidupan kita dan kehidupan Anak Allah, menjelang Paskah JESUS THE KING merupakan buku dan panduan pengajian untuk kumpulan kecil, yang tersedia ada di mana-mana jua buku dijual.

More

Petikan buku daripada Riverhead Books, ahli Penguin Random House, Study guide oleh HarperCollins Christian Publishers. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.penguin.com/book/jesus-the-king-by-timothy-keller/9781594486661 atau http://www.zondervan.com/jesus-the-king-study-guide