JESUS THE KING: Renungan Paskah oleh Timothy KellerSampel
"Lebih daripada yang Dijangkakan"
Ada kalanya apabila saya mendekati Yesus, Dia membenarkan sesuatu yang saya tidak fahami berlaku. Dia tidak melakukan sesuatu itu menurut rancangan saya, ataupun dalam cara yang tidak munasabah kepada saya. Namun, jika Yesus ialah Allah, maka Dia adalah cukup hebat untuk memiliki sesetengah alasan untuk membenarkan anda melalui sesuatu yang tidak dapat anda fahami. Kuasa-Nya tidak terbatas, demikian juga kebijaksanaan-Nya dan kasih-Nya. Alam semula jadi tidak mengendahkan anda, tetapi Yesus dipenuhi kasih yang tidak habis-habis untuk anda. Jika para murid betul-betul sedar bahawa Yesus mengasihi mereka, jika mereka betul-betul memahami bahawa Dia adalah berkuasa dan penyayang, mereka tidak akan berasa takut. Premis mereka, bahawa jika Yesus mengasihi mereka, Dia tidak akan membenarkan perkara buruk berlaku pada mereka, adalah salah. Dia boleh mengasihi seseorang dan masih membenarkan perkara buruk berlaku pada mereka, kerana Dia ialah Allah—kerana Dia mengetahui lebih baik daripada mereka.
Jika anda mempunyai Allah yang cukup hebat dan cukup berkuasa untuk dimarahi kerana Dia tidak menghalang penderitaan anda, anda juga mempunyai Allah yang cukup hebat dan cukup berkuasa yang mempunyai alasan yang tidak dapat anda fahami. Anda tidak boleh mendapat kedua-duanya sekali. Guru saya Elisabeth Elliot menyatakannya dengan indah dalam dua ayat yang ringkas: "Allah ialah Allah, dan memandangkan Dia ialah Allah, Dia patut menerima penyembahan saya dan pelayanan saya. Saya tidak akan mendapat ketenangan di tempat lain melainkan dalam kehendak-Nya, dan kehendak itu semestinya amat, tidak terhingga, tidak terkatakan jauh melewati tanggapan terbesar saya tentang rancangan-Nya." Jika nasib anda berada dalam kekuasaan ribut, kuasanya tidak terkawal dan ia tidak mengasihi anda. Satu-satunya tempat di mana anda akan selamat adalah dalam kehendak Allah. Namun, disebabkan Dia ialah Allah dan anda bukan Allah, kehendak Allah semestinya tidak terhingga dan tidak terkatakan jauh melewati tanggapan terbesar anda tentang rancangan-Nya. Adakah Dia selamat? "Sudah tentu Dia tidak selamat. Siapa berkata apa-apa tentang keselamatan? Tetapi Dia adalah baik. Dia ialah Raja."
Bagaimanakah kita boleh memiliki kedamaian dalam Kristus semasa menghadapi keadaan yang cenderung menimbulkan kekhuatiran dan/atau kehampaan? Dalam lingkungan hidup anda yang manakah anda sedang menanti Yesus untuk memberikan bantuan?
Petikan daripada JESUS THE KING oleh Timothy Keller
Dicetak semula dengan pengaturan Riverhead Books, ahli Penguin Group (USA) LLC, A Penguin Random House Company. Hak cipta © 2011 oleh Timothy Keller
Dan daripada JESUS THE KING STUDY GUIDE oleh Timothy Keller dan Spence Shelton, Hak cipta © 2015 oleh Zondervan, sebahagian daripada HaperCollins Christian Publishers.

Kitab
Perihal Pelan
Penulis terlaris bagi surat khabar New York Times dan pastor terkenal, Timothy Keller berkongsi satu siri episod daripada kehidupan Yesus sebagaimana yang dikisahkan dalam kitab Markus. Dengan meneliti cerita-cerita ini, dia memberikan wawasan baru tentang hubungan antara kehidupan kita dan kehidupan Anak Allah, menjelang Paskah JESUS THE KING merupakan buku dan panduan pengajian untuk kumpulan kecil, yang tersedia ada di mana-mana jua buku dijual.
More
Petikan buku daripada Riverhead Books, ahli Penguin Random House, Study guide oleh HarperCollins Christian Publishers. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.penguin.com/book/jesus-the-king-by-timothy-keller/9781594486661 atau http://www.zondervan.com/jesus-the-king-study-guide