JESUS THE KING: Renungan Paskah oleh Timothy KellerSampel
"Penyembuhan yang Lebih Mendalam"
Yesus mengetahui sesuatu yang tidak diketahui manusia— bahawa dia mempunyai masalah yang lebih besar daripada keadaan fizikalnya. Yesus mengatakan kepadanya, "Aku memahami masalah kamu. Aku melihat penderitaan kamu. Aku akan menyembuhkan itu. Tapi kamu perlu sedar bahawa masalah utama dalam kehidupan seseorang bukanlah penderitaannya; tapi dosanya."
Jika anda mendapati respons Yesus menjelikkan, pertimbangkan ini: Jika seseorang mengatakan kepada anda, "Masalah utama dalam kehidupan anda bukanlah apa yang sedang berlaku kepada anda, bukanlah apa yang dilakukan orang lain kepada anda; masalah utama anda adalah cara anda memberikan respons terhadap itu"—yang ironiknya, itu memberi kuasa. Mengapa? Kerana anda tidak dapat melakukan apa-apa tentang apa yang telah berlaku kepada anda atau apa yang sedang dilakukan orang lain terhadap anda—tetapi anda boleh melakukan sesuatu tentang diri anda. Apabila Alkitab berbicara tentang dosa, ia bukan sahaja merujuk kepada perbuatan jahat kita. Bukan sahaja tentang pembohongan atau nafsu atau apa jua—ia tentang tidak mengendahkan Allah dalam dunia yang dicipta-Nya; ia tentang pemberontakan terhadap-Nya dengan menjalankan kehidupan tanpa merujuk-Nya. Katanya, "Saya akan memutuskan cara saya menjalankan kehidupan saya." Dan Yesus katakan itulah masalah utama kita.
Yesus bersemuka dengan lelaki yang lumpuh dengan menangani masalah utamanya yang mendalam. Kata Yesus, "Permintaan kamu terhadap Aku untuk penyembuhan tubuh kamu, tidak cukup mendalam. Kamu memperkecilkan kedalaman kerinduan kamu, kerinduan hati kamu." Setiap orang yang lumpuh secara semula jadinya ingin berjalan dengan sedaya upayanya. Tetapi tentunya lelaki ini menempatkan semua harapannya dalam kemungkinan berjalan semula. Dalam hatinya, dia semestinya mengatakan, "Jika saya dapat berjalan semula, saya pasti akan berjaya. Saya tidak akan bersedih, saya tidak akan bersungut. Jika saya boleh berjalan, segala sesuatu akan menjadi baik." Dan Jesus berkata, "Anak, kamu tersilap." Itu kedengaran kesat, tetapi memang benar. Kata Yesus, "Apabila Aku menyembuhkan tubuh kamu, jika itu sahaja yang Aku perlu lakukan, kamu akan rasa bahawa kamu tidak akan bersedih lagi. Namun, tunggu selama dua bulan, empat bulan—euforia itu tidak akan berpanjangan. Punca ketidakpuasan hati manusia adalah mendalam."
Mengapakah pengampunan keperluan terdalam lelaki lumpuh itu? Mengapakah ia keperluan terdalam kita? Apakah "keperluan" lain yang kita rasa adalah lebih mendalam daripada keperluan pengampunan kita?
Petikan daripada JESUS THE KING oleh Timothy Keller
Dicetak semula dengan pengaturan Riverhead Books, ahli Penguin Group (USA) LLC, A Penguin Random House Company. Hak cipta © 2011 oleh Timothy Keller
Dan daripada JESUS THE KING STUDY GUIDE oleh Timothy Keller dan Spence Shelton, Hak cipta © 2015 oleh Zondervan, sebahagian daripada HaperCollins Christian Publishers.

Kitab
Perihal Pelan
Penulis terlaris bagi surat khabar New York Times dan pastor terkenal, Timothy Keller berkongsi satu siri episod daripada kehidupan Yesus sebagaimana yang dikisahkan dalam kitab Markus. Dengan meneliti cerita-cerita ini, dia memberikan wawasan baru tentang hubungan antara kehidupan kita dan kehidupan Anak Allah, menjelang Paskah JESUS THE KING merupakan buku dan panduan pengajian untuk kumpulan kecil, yang tersedia ada di mana-mana jua buku dijual.
More
Petikan buku daripada Riverhead Books, ahli Penguin Random House, Study guide oleh HarperCollins Christian Publishers. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.penguin.com/book/jesus-the-king-by-timothy-keller/9781594486661 atau http://www.zondervan.com/jesus-the-king-study-guide