JESUS THE KING: Renungan Paskah oleh Timothy KellerSampel

JESUS THE KING: An Easter Devotional By Timothy Keller

HARI 5 DARIPADA 9

"Yesus Mesti Mati"
Dengan menggunakan perkataan mesti, Yesus menandakan bahawa Dia merancang untuk mati—bahawa Dia melakukannya secara rela. Dia bukan sahaja meramal bahawa ia akan berlaku. Barangkali inilah yang paling menyinggung Petrus. Mengatakan, "Aku akan melawan dan ditewaskan," ialah satu perkara, mengatakan "Inilah sebabnya Aku datang; Aku bermaksud untuk mati!" ialah satu perkara yang lain. Ini tidak dapat dijelaskan kepada Petrus.
Itulah sebabnya apabila Yesus mengatakan ini, Petrus mula "menegur" Yesus. Ini adalah kata kerja yang digunakan oleh Yesus di tempat yang lain terhadap iblis. Ini bermaksud Petrus mengutuk Yesus menggunakan bahasa yang paling kuat. Mengapakah Petrus begitu kecewa, sehingga dia memarahi Yesus demikian sebaik sahaja mengenal pasti Dia sebagai Mesias? Sejak kecil, Petrus sentiasa diberitahu bahawa semasa Mesias itu datang, Dia akan menewaskan kejahatan dan ketidakadilan dengan menaiki takhta. Namun, kini Yesus mengatakan, "Ya, Akulah Mesias, Raja, tetapi Aku tidak datang untuk hidup tetapi untuk mati. Aku tidak datang untuk berkuasa tetapi melepaskannya; Aku tidak datang untuk memerintah tetapi untuk melayani. Dan Aku akan menewaskan kejahatan dan membetulkan segala sesuatu dengan berbuat demikian."
Yesus bukan sahaja mengatakan bahawa Anak Manusia akan menderita; Dia mengatakan bahawa Anak Manusia mesti menderita. Perkataan ini adalah amat penting sehingga ia digunakan dua kali: "Anak Manusia mesti mengalami banyak penderitaan . . . Dia akan dibunuh." Perkataan mesti mengubah suai dan mengawal seluruh ayat ini, dan ia memaksudkan bahawa segala sesuatu dalam senarai itu adalah suatu keperluan. Yesus mesti menderita, mesti ditolak, mesti dibunuh, mesti dibangkitkan. Ini merupakan salah satu perkataan yang paling penting dalam kisah dunia, dan ia adalah suatu perkataan yang menakutkan. Perkara yang dikatakan Yesus bukanlah "Aku datang untuk mati" semata-mata, malah "Aku mesti mati. Aku benar-benar perlu mati. Dunia ini tidak dapat diperbaharui, begitu juga dengan kehidupan kamu, melainkan Aku mati." Mengapakah Yesus benar-benar perlu mati?
Petrus mendapati keperluan kematian Yesus itu sukar. Mengapakah ia sukar diterima olehnya—dan kita?

Petikan daripada JESUS THE KING oleh Timothy Keller
Dicetak semula dengan pengaturan Riverhead Books, ahli Penguin Group (USA) LLC, A Penguin Random House Company. Hak cipta © 2011 oleh Timothy Keller

Dan daripada JESUS THE KING STUDY GUIDE oleh Timothy Keller dan Spence Shelton, Hak cipta (c) 2015 oleh Zondervan, sebahagian daripada HaperCollins Christian Publishers.
Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

JESUS THE KING: An Easter Devotional By Timothy Keller

Penulis terlaris bagi surat khabar New York Times dan pastor terkenal, Timothy Keller berkongsi satu siri episod daripada kehidupan Yesus sebagaimana yang dikisahkan dalam kitab Markus. Dengan meneliti cerita-cerita ini, dia memberikan wawasan baru tentang hubungan antara kehidupan kita dan kehidupan Anak Allah, menjelang Paskah JESUS THE KING merupakan buku dan panduan pengajian untuk kumpulan kecil, yang tersedia ada di mana-mana jua buku dijual.

More

Petikan buku daripada Riverhead Books, ahli Penguin Random House, Study guide oleh HarperCollins Christian Publishers. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.penguin.com/book/jesus-the-king-by-timothy-keller/9781594486661 atau http://www.zondervan.com/jesus-the-king-study-guide