Pengharapan NatalSampel
Berita Baik Tentang Hari Natal
Baca 1 Timotius 2:5.
Hari Natal adalah tentang berita baik. Namun, ia bukanlah berita baik tentang hadiah istimewa. Ia bukanlah berita baik tentang makanan yang banyak. Ia bukan juga berita baik tentang menghabiskan masa bersama kawan dan keluarga.
Hari Natal adalah tentang Berita Baik tentang kasih Allah.
Alkitab menyatakan bahawa kita adalah sesat tanpa Allah. Kita tidak berhaluan. Kita adalah tanpa perlindungan. Kesan abadi potensi kita terhadap dunia tidak direalisasikan. Kita tidak memiliki sukacita yang sebenar. Kekekalan kita di Syurga tidak terjamin.
Berita Baik tentang hari Natal adalah Allah telah mengutuskan Yesus untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat. Alkitab berkata, "Kerana hanya ada satu Allah dan hanya ada satu yang dapat memimpin manusia kepada Allah, iaitu Kristus Yesus yang datang ke bumi sebagai manusia" (1 Timotius 2:5 BM).
Jika anda pernah menghabiskan masa di gereja, anda mungkin banyak mendengar perkataan "keselamatan". Namun, anda mungkin tidak mengetahui maksudnya. Perkataan itu bagaikan berlian; anda boleh melihatnya daripada banyak sudut yang berbeza.
• Yesus datang untuk menyelamatkan kita. Kita tidak dapat menyelesaikan semua masalah kita secara bersendirian. Tanpa Yesus, kita terjerat dalam jangkaan orang lain. Kita terjerat dalam kehidupan yang mengingini penerimaan kawan sebaya kita. Kita terjerat dengan ketagihan. Kita pernah cuba berubah berulang-kali, tetapi kita tidak memiliki kuasa yang diperlukan untuk melepaskan diri. Yesus datang untuk memberikan kita kuasa itu.
• Yesus datang untuk memulihkan kita. Kita ingin memulihkan bahagian hidup kita yang telah hilang. Tanpa Kristus, kita ingin memulihkan kekuatan kita, keyakinan kita, reputasi kita, kemurnian kita, dan hubungan kita dengan Allah. Hanya Yesus dapat melakukan itu.
• Yesus datang untuk berhubung semula dengan kita. Ramai orang rasa Allah akan memarahi mereka jika mereka berbalik kepada-Nya. Namun, Allah tidak marah dengan anda. Dia gila akan anda. Yesus datang ke Bumi pada hari Natal yang pertama untuk mendamaikan kita dengan Allah, untuk memberikan kita keharmonian dengan-Nya semula.
Yesus datang ke Bumi untuk memberikan kita hadiah itu sendiri. Terlalu ramai antara kita yang meraikan hari jadi-Nya tanpa menerima hadiah keselamatan percuma ini. Ia tidak dibuka tahun demi tahun. Itu tidak bijak! Anda telah dicipta oleh Allah dan untuk Allah. Sehingga anda memahami itu, kehidupan tidak mungkin masuk akal.
Pada hari Natal ini, bukalah hadiah yang paling penting yang telah diberikan kepada anda: hubungan yang baru dengan Allah melalui Yesus.

Kitab
Perihal Pelan
Bagi terlalu ramai orang, hari Natal telah menjadi suatu senarai semak panjang yang meletihkan dan membuat mereka menantikan Disember 26. Dalam siri mesej ini, Pastor Rick ingin mengingatkan anda mengenai tentang sebab anda meraikan hari Natal dan mengapa ia bukan sahaja harus mengubah cara anda meraikan perayaan itu, malah mengubah seluruh hidup anda juga.
More
Renungan ini © 2014 oleh Rick Warren. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan kebenaran.