Pengharapan NatalSampel

The Hope Of Christmas

HARI 3 DARIPADA 10

Senarai Natal Yesus

Baca ayat-ayat hari ini.

Sepanjang lebih daripada 50 tahun, keluarga saya telah mengamalkan tradisi mengadakan parti hari jadi untuk Yesus. Ia bermula apabila saya berumur 3 tahun dan menanya ibu saya, "Apakah itu hari Natal?" Ibu saya membalas ia adalah hari jadi Yesus. Dengan logik hebat 3 tahun, saya kata, "Kita harus mengadakan parti hari jadi!" Dan itulah yang kita lakukan, siap dengan kek hari jadi, Kool-Aid, lagu, kek, dan lilin.

Kini, kami telah meneruskan tradisi ini selama empat generasi. Parti hari jadi untuk Yesus telah menjadi waktu suci di mana kami membaca kisah Natal dan mengongsikan kesyukuran dan perkara yang kami berikan kepada Yesus, iaitu salah satu bahagian yang paling tidak dapat dilupakan tentang perayaan itu.

Sering kali, Yesus dilupakan semasa hari Natal. Bayangkan saya merancangkan parti untuk anda dan menjemput orang yang banyak. Setiap orang membawakan hadiah, dan para jemputan saling bertukar hadiah — dan anda tidak mendapat apa-apa.

Itulah hari Natal. Kita memberikan hadiah kepada setiap orang kecuali Yesus. Secara jujur — apakah yang anda berikan kepada Allah yang memiliki segala sesuatu?

Sebenarnya, Yesus tidak memiliki segala sesuatu. Terdapat empat benda yang tidak dimiliki-Nya melainkan kita memberikannya kepada Dia pada hari Natal ini:

Berikan-Nya kepercayaan anda. Kepercayaan adalah perkara yang bersifat sukarela. Yesus tidak memiliki kepercayaan anda melainkan anda memberikannya kepada-Nya. Dia tidak akan memaksa.

Jadikan Yesus keutamaan dalam hidup anda. Jika apa-apa atau sesiapa selain Yesus adalah keutamaan dalam hidup anda, ia adalah suatu pahala. Pada hari Natal ini, pilihlah untuk menjadikan Yesus keutamaan dalam kewangan, minat, hubungan, jadual anda — dan juga dalam masalah anda.

Berikan Yesus hati anda. Hati anda adalah perkara yang anda suka, perkara yang anda hargai, dan perkara yang anda titikberatkan. Kata Yesus, "Karena di mana hartamu berada, di situ juga hatimu berada" (Lukas 12:34 TB). Satu cara penting di mana anda berikan Yesus hati anda pada hari Natal ini adalah memberikan sumber-sumber anda kepada pekerjaan-Nya. Yesus tidak memerlukan wang anda, tetapi Dia mahu perkara yang diwakilinya — hati anda.

Bawalah orang lain kepada Yesus. Allah inginkan keluarga lebih daripada apa-apa yang lain pada hari Natal ini. Dia mahu anak-anak yang memilih untuk mengasihi dan mempercayai-Nya. Inilah sebab kita meraikan hari Natal. Jemputlah seseorang kepada Yesus pada hari Natal ini. Beritahulah seseorang tentang perkara yang telah dilakukan Yesus dalam kehidupan anda.

Alkitab memberitahu kita bahawa Orang Bijak itu tidak memberikan Yesus sisa mereka semasa mereka melawat-Nya pada hari Natal yang pertama, sebaliknya memberikan tiga hadiah yang amat penting dan bernilai: "Mereka sujud menyembah Anak itu, dan mereka mengeluarkan emas, kemenyan dan mur, lalu mempersembahkan semua hadiah itu kepada-Nya." (Matius 2:11 BM).

Semasa anda memberikan Yesus kepercayaan anda, menjadikan-Nya keutamaan hidup anda, memberikan perkara yang anda hargai kepada pekerjaan-Nya, dan membawa orang lain kepada-Nya, anda memberikan-Nya hadiah yang jauh lebih bernilai daripada hadiah yang telah dibawakan Orang Bijak itu.

Jadi ucapkanlah "selamat hari jadi" kepada Yesus pada hari Natal ini. Berikan-Nya yang terbaik.
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

The Hope Of Christmas

Bagi terlalu ramai orang, hari Natal telah menjadi suatu senarai semak panjang yang meletihkan dan membuat mereka menantikan Disember 26. Dalam siri mesej ini, Pastor Rick ingin mengingatkan anda mengenai tentang sebab anda meraikan hari Natal dan mengapa ia bukan sahaja harus mengubah cara anda meraikan perayaan itu, malah mengubah seluruh hidup anda juga.

More

Renungan ini © 2014 oleh Rick Warren. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan kebenaran.