Pengharapan NatalSampel

The Hope Of Christmas

HARI 6 DARIPADA 10

Jangan Menghilangkan Yesus Pada Hari Natal Ini

Baca Lukas 10:41-42.

Anda dan saya suka menyesakkan kehidupan kita. Kita tempah berlebihan, berbelanja berlebihan, lebih anggar, dan kerap berjalan keletihan sepanjang masa. Akibatnya, kebenaran Allah kerap tidak berpeluang berkembang dalam hidup kita.

Terlalu kerap, Allah mengajar anda suatu intisari kebenaran — mungkin melalui pengajian Alkitab pagi anda atau khutbah minggu — dan anda fikir anda perlu melakukan sesuatu tentangnya, tetapi segeranya ia disingkir daripada hidup anda dan dilupakan.

Kebenaran tidak disingkir daripada hidup anda oleh kejahatan. Sering kali, perkara baik dalam hidup kita menyingkirkan kebenaran yang Allah ingin tanam dalam kita. Demi memenuhi takdir Allah untuk hidup anda, anda mungkin tidak perlu melakukan lebih lagi; anda perlu melakukan kurang.

Misalnya kawan Yesus, Maria dan Marta. Pada suatu hari, mereka menjemput Yesus untuk makan malam. Maria menghabiskan petang itu mendengar Yesus. Marta pula sibuk menjadi tuan rumah dan rasa bimbang tentang pembuka selera dan sama ada segala sesuatu adalah teratur.

Marta menjadi marah kerana dia melakukan semua kerja sementara saudara perempuannya duduk bersama Yesus. Pada waktu itu Yesus katakan kepadanya: "Marta, Marta! Kamu sibuk serta khuatir akan banyak perkara, tetapi hanya satu yang mustahak! Maria sudah memilih perkara baik, yang tidak akan diambil daripadanya” (Lukas 10:41b-42 BM).

Apabila kehidupan anda berakhir, hanya satu perkara yang mustahak: Adakah anda mengenal Anak Allah? Hadiah hari Natal tambahan yang anda dapat beli kerana bekerja lebih masa tidak penting. Semua masa yang anda habiskan untuk menyediakan hidangan cuti yang sempurna juga tidak penting. Namun, sama ada anda menghabiskan masa untuk mengenali Yesus adalah penting untuk zaman-zaman akan datang.

Jadi, nikmatilah musim Natal. Bungkus hadiah. Sediakan rumah anda untuk musim perayaan. Bina kenangan dengan keluarga anda. Namun, jangan biarkan hari Natal ini berlalu tanpa menghabiskan masa dekat kaki Yesus. Lama selepas segala sesuatu berlalu daripada hari Natal ini, menyembah Yesus adalah perkara yang akan kekal.
Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

The Hope Of Christmas

Bagi terlalu ramai orang, hari Natal telah menjadi suatu senarai semak panjang yang meletihkan dan membuat mereka menantikan Disember 26. Dalam siri mesej ini, Pastor Rick ingin mengingatkan anda mengenai tentang sebab anda meraikan hari Natal dan mengapa ia bukan sahaja harus mengubah cara anda meraikan perayaan itu, malah mengubah seluruh hidup anda juga.

More

Renungan ini © 2014 oleh Rick Warren. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan kebenaran.