Pengharapan NatalSampel
Terlalu Sibuk untuk Yesus?
Baca Lukas 2:7.
Ada setahun semasa anak kami masih kecil, isteri saya memutuskan bahawa saya harus memilih tempat percutian keluarga kami. Saya membuat keputusan untuk mengadakan percutian spontan tanpa sebarang perancangan. Sebagai seorang pastor dan pemimpin, setiap hari dalam hidup saya dirancangkan. Merancang percutian tidak rasa seronok!
Percutian yang spontan apabila anda sudah berkahwin dan beranak bukanlah suatu idea yang baik. Tanpa sebarang perancangan pada malam pertama percutian kami di lima kota yang berlainan, kami tidur dalam kereta kami empat daripada lima malam percutian itu kerana kami tidak dapat mencari motel dengan kekosongan. Anak-anak saya bukanlah pekhemah yang gembira. Pada malam kelima, kami memutuskan untuk membuat perancangan.
Percutian itu membantu saya memahami perkara yang dimaksudkan Alkitab apabila kita dimaklumkan tentang kisah hari Natal yang pertama bahawa "tiada bilik kosong" untuk Maria dan Yusuf.
Kedatangan Allah yang abadi dan Mesias yang dijanjikan telah dijangkakan selama beribu-ribu tahun. Nubuatan telah meramalkan kebenaran bahawa Penyelamat dunia akan datang. Kelahiran-Nya adalah begitu penting sehingga sejarah terbahagi kepada SM dan TM. Hari jadi anda ditarikhkan berhubungan dengan hari jadi Yesus.
Namun, apabila Anak Allah datang ke dunia ini, tiada bilik untuk-Nya. Pengurus rumah penginapan itu terlepas peluang yang utama. Sekiranya Yesus telah dilahirkan dalam salah sebuah biliknya, pengurus rumah penginapan itu bolehlah membina tanda besar seperti di Las Vegas yang menunjukkan tempat itu dengan tanda, "Anak Allah Dilahirkan di Sini!" Dia boleh mengenakan bayaran mahal untuk biliknya! Sebaliknya, dia terlepas berkat terbesar dalam hidupnya kerana dia tidak mempunyai bilik untuk Yesus.
Kita tidak boleh terlalu keras terhadap pengurus rumah penginapan itu kerana tidak mempunyai bilik untuk Yesus. Kita selalu melakukannya.
Kita enggan memberikan-Nya kepentingan yang wajar diterima-Nya dalam hidup kita. Kita memenuhi jadual kita dengan peristiwa yang kurang penting berbanding dengan Yesus. Kita menghabiskan wang untuk peranti terbaru dan tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan kepada pekerjaan Allah dalam dunia ini. Kita menghabiskan masa membangunkan kerjaya kita dan mengatakan tidak mempunyai masa untuk membantu orang lain dalam gereja dan komuniti kita.
Semasa anda bersiap sedia untuk meraikan hari Natal pada tahun ini, tanyalah diri anda soalan ini: Adakah anda mempunyai bilik untuk Yesus dalam rumah penginapan anda?

Kitab
Perihal Pelan
Bagi terlalu ramai orang, hari Natal telah menjadi suatu senarai semak panjang yang meletihkan dan membuat mereka menantikan Disember 26. Dalam siri mesej ini, Pastor Rick ingin mengingatkan anda mengenai tentang sebab anda meraikan hari Natal dan mengapa ia bukan sahaja harus mengubah cara anda meraikan perayaan itu, malah mengubah seluruh hidup anda juga.
More
Renungan ini © 2014 oleh Rick Warren. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan kebenaran.