Pengharapan NatalSampel

The Hope Of Christmas

HARI 9 DARIPADA 10

Maksud Kesesatan

Baca ayat-ayat hari ini.

Sekiranya anda tidak memahami tujuan hari Natal, eloklah anda lupakan lampu dan perhiasan hari Natal tahun ini. Baik anda lupakan juga tentang pembelian hadiah hari Natal. Lupakan juga tentang makan malam hari Natal.

Jika anda tidak tahu sebab kita meraikan hari Natal, semua temasya itu tidak bermakna.

Demi menemui tujuan hari Natal, anda perlu mara laju melewati palung, Orang Bijak, dan gembala. Yesus memberitahu kita sebab Dia datang ke Bumi pada hari Natal yang pertama itu: "Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat" (Lukas 19:10 BM).

Secara ringkas, Yesus datang kerana manusia kesesatan tanpa Allah. Kesesatan rohani bermaksud terpisah daripada Allah, terasing, dan rosak. Tanpa Yesus, semua orang dalam dunia ini sesat — walau bagaimana banyak sekalipun kuasa, kekayaan, atau kemasyhuran yang dimiliki.

Dan kesesatan kita mempunyai kesan yang amat merumitkan terhadap hidup kita. Demi mengetahui sebab Yesus datang ke Bumi, kita mesti memahami maksud kesesatan. Tanpa Allah, kita kesesatan:

• Haluan kita. Kita pasti mempunyai sedikit pemahaman tentang hala tuju kita dan perkara yang harus dilakukan dalam hidup ini.
• Perlindungan-Nya. Kita bersendirian apabila tidak berada di bawah perlindungan Tuhan. Itu adalah satu sebab besar mengapa ramai orang rasa tertekan. Mereka cuba hidup di bawah penjagaan dan perlindungan sendiri daripada di bawah Allah.
• Potensi kita. Kita tidak sedar akan karunia dan bakat sepenuh kita jika kita tidak berhubungan dengan-Nya.
• Kegembiraan kita. Kita boleh memiliki semua wang dan kuasa dalam dunia ini, tetapi tanpa Allah kita tidak memiliki sukacita yang sebenar.
• Rumah kita di Syurga. Allah membenarkan kita untuk memberontak semasa kita berada di Bumi, tetapi tiada pemberontakan di Syurga.

Tetapi tiada seorang pun yang sesat kehilangan nilai kepada Allah. Walaupun anda tidak berhubungan dengan-Nya, anda amat bernilai kepada Allah. Kesesatan menandakan nilai. Apa saja yang seseorang sanggup belanjakan untuk mendapat semula benda yang telah hilang menunjukkan betapa bernilainya benda itu.

Dalam ayat Alkitab yang paling terkenal, Yesus menerangkan nilai kita dengan jelas: "Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal" (Yohanes 3:16).

Berita Baiknya adalah Allah mengasihi kita begitu banyak sehingga Dia mengutuskan Anak-Nya ke Bumi pada hari Natal yang pertama untuk mencari dan menyelamatkan kita. Itu adalah sebab untuk berpesta!
Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

The Hope Of Christmas

Bagi terlalu ramai orang, hari Natal telah menjadi suatu senarai semak panjang yang meletihkan dan membuat mereka menantikan Disember 26. Dalam siri mesej ini, Pastor Rick ingin mengingatkan anda mengenai tentang sebab anda meraikan hari Natal dan mengapa ia bukan sahaja harus mengubah cara anda meraikan perayaan itu, malah mengubah seluruh hidup anda juga.

More

Renungan ini © 2014 oleh Rick Warren. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan kebenaran.