Pengharapan NatalSampel
Pilih Kehidupan yang Lebih Baik
Baca ayat-ayat hari ini.
Masa kecil, ibu saya memberi saya SpaghettiOs. Saya rasa itu adalah makanan yang terenak! Kemudiannya saya menemui burger In-N-Out. Seterusnya saya beralih daripada kehidupan yang baik kepada kehidupan yang lebih baik. SpaghettiOs adalah baik, tetapi burger In-N-Out yang banyak airnya adalah lebih baik.
Anda mungkin rasa anda menjalani kehidupan yang baik sekarang, tetapi jika anda boleh memiliki kehidupan yang lebih baik lagi, tidakkah anda ingin mengetahui tentangnya?
Malangnya, perkara yang menghalang kita daripada menyambar kehidupan yang lebih baik itu adalah rasa mampu diri yang tidak rasional. Kita rasa kita adalah bagus seorang diri.
Mazmur 10:4 menyatakannya demikian: "Orang jahat tidak mempedulikan TUHAN; kerana mereka sombong, mereka berfikir Allah tidak ada" (BM).
Seperti pengurus tempat penginapan dalam kisah Natal pertama (Lukas 2), kita tidak percaya bahawa kita memerlukan lebih ramai penginap lagi. Kita rasa kita memiliki segala sesuatu yang diperlukan.
Hanya terdapat satu masalah dengan keangkuhan itu: Anda terlepas sebab Allah mencipta anda. Allah telah mencipta anda agar anda boleh berhubungan dengan-Nya. Anda tidak mungkin memenuhi tujuan-Nya untuk kehidupan anda, yang jauh lebih besar dan lebih penting daripada yang dapat anda bayangkan, melainkan anda berhubungan dengan Allah, sumber kuasa sebenar anda.
Walau bagaimanapun, berita baiknya adalah belum terlambat lagi. Anda boleh memiliki hubungan dengan-Nya walau apa pun yang telah berlaku pada masa lalu, biar berapa kali sekalipun anda telah menolak-Nya sebelum ini.
Allah telah memudahkannya supaya sesiapa sahaja dapat memahaminya. Dua perkataan sahaja: Jemputlah Dia.
Kata Yesus, "Dengarlah! Aku berdiri di depan pintu dan mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke dalam rumahnya lalu makan bersama-sama dia dan dia makan bersama-sama Aku" (Wahyu 3:20 BM).
Yesus sedang mengetuk pintu anda. Genggamlah kehidupan yang lebih baik dengan membenarkan-Nya masuk ke dalam hidup anda. Jadikan-Nya bos hidup anda.
Ia akan mengubah segala sesuatu.

Perihal Pelan
Bagi terlalu ramai orang, hari Natal telah menjadi suatu senarai semak panjang yang meletihkan dan membuat mereka menantikan Disember 26. Dalam siri mesej ini, Pastor Rick ingin mengingatkan anda mengenai tentang sebab anda meraikan hari Natal dan mengapa ia bukan sahaja harus mengubah cara anda meraikan perayaan itu, malah mengubah seluruh hidup anda juga.
More
Renungan ini © 2014 oleh Rick Warren. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan kebenaran.