Pengharapan NatalSampel
Jangan Terlepas Pekerjaan Yesus
Baca Yohanes 4:10.
Pada masa ini terdapat gelombang TV dan radio di sekeliling anda. Jika anda mempunyai penala, anda boleh menyemak apa yang terdapat pada gelombang tersebut. Namun, hanya kerana anda tidak dapat melihatnya tidak bermaksud ia tidak wujud. Cumanya anda tidak ditalakan kepadanya.
Itulah keadaannya di Betlehem pada malam Natal yang pertama. Walaupun Betlehem mempunyai sebuah rumah penginapan yang bertujuan menjaga pengembara, tidak terdapat bilik di rumah penginapan itu untuk keluarga pengembara yang tidak diragui paling penting di Betlehem pada malam itu.
Pada hari Natal ini, jangan terlepas kesamaan penting kisah ini dengan hati kita. Hati anda dicipta untuk menempatkan Allah. Anda telah dicipta oleh Allah dan untuk Allah. Sehingga anda memahami itu, kehidupan tidak mungkin masuk akal. Malangnya, kita memenuhi kehidupan kita dengan benda-benda lain. Kita menjemput tetamu lain ke rumah kita. Hati kita dipenuhi idea, minat, nilai, kegemaran, dan komitmen lain.
Kehidupan kita begitu penuh sehingga kita tidak sedar bila Yesus muncul di sekeliling kita. Allah sentiasa muncul dalam hidup kita, memberikan peluang yang kita tidak terfikir mungkin, di tengah-tengah masalah yang kita tidak sedar dihadapi. Namun sering kalinya, kita tidak melihat-Nya.
Ini sentiasa berlaku dalam Alkitab. Yesus akan muncul dan bercakap dengan orang yang tidak sedar siapakah Dia. Dalam kitab Yohanes, Yesus sedang duduk dekat perigi apabila seorang wanita mendekati-Nya, mencari air. Dia tidak mengenal Yesus. Sebenarnya, dia berdebat tentang agama dengan Anak Allah! Kemudian Yesus kata, "Jika kamu tahu akan pemberian Allah, dan siapa yang meminta minum daripadamu, tentu kamu akan meminta minum daripada-Nya, lalu Dia akan mengurniakan air yang memberikan hidup kepadamu" (Yohanes 4:10 BM). Namun, wanita itu tidak mengenal Yesus.
Allah sedang bekerja di sekeliling anda — bukan sahaja semasa hari Natal tetapi sepanjang tahun. Mungkinkah anda atau orang yang anda kasihi terlepas-Nya?

Kitab
Perihal Pelan
Bagi terlalu ramai orang, hari Natal telah menjadi suatu senarai semak panjang yang meletihkan dan membuat mereka menantikan Disember 26. Dalam siri mesej ini, Pastor Rick ingin mengingatkan anda mengenai tentang sebab anda meraikan hari Natal dan mengapa ia bukan sahaja harus mengubah cara anda meraikan perayaan itu, malah mengubah seluruh hidup anda juga.
More
Renungan ini © 2014 oleh Rick Warren. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan kebenaran.