Pengharapan NatalSampel

The Hope Of Christmas

HARI 1 DARIPADA 10

Kata-kata kepada Orang Bijak

Baca ayat-ayat hari ini.

Melihat mana-mana latar kelahiran Yesus, anda mungkin melihat satu set watak yang kelihatan tidak sesuai dalam bangsal itu: Orang Bijak. Kita sudah biasa dengan kehadiran mereka, tetapi jika anda melihatnya dengan teliti, mereka kelihatan canggung dengan pakaian mereka yang beragam dan hadiah yang istimewa.

Namun bagi saya, merekalah orang yang paling menarik dalam kisah Natal. Kita tidak ketahui banyak tentang mereka. Kita tidak tahu siapakah mereka atau tempat asal mereka. Alkitab memanggil mereka "orang majus." Orang majus adalah gabungan ahli falsafah, ahli sains, dan ahli falak. Mereka agak kaya dan terpelajar. Namun itu sahaja yang kita tahu tentang mereka.

Tetapi kita tahu mereka adalah bijak. Sebenarnya, kita boleh belajar banyak tentang kebijaksanaan yang ditunjukkan mereka dalam kisah Natal.

Antara pelajaran daripada Orang Bijak ini, kita belajar menjadi pencari kebenaran. Orang bijak tidak puas dengan tekaan atau spekulasi. Mereka mahu mengetahui kebenaran tentang Allah, masa silam mereka, dan masa depan mereka. Orang Bijak menanya, "Di manakah anak yang baru lahir itu, yang akan menjadi raja orang Yahudi?" (Matius 2:2a BM)

Orang Bijak itu mencari Yesus. Lelaki dan perempuan bijak masih mencari-Nya pada hari ini.

Terdapat dua jenis orang dari segi kebenaran: spekulator dan pencari. Spekulator membuat tekaan tentang kebenaran. Spekulator rasa mereka tahu tentang Allah.

Spekulator gemar berdebat dan berbincang tentang Allah, tetapi mereka cuma meneka — kerana sebenarnya mereka tidak ingin mengetahui tentang kebenaran. Mereka hanya mahu bercakap tentang-Nya.

Sebaliknya, Allah suka mereka yang mengambil masa untuk mencari kebenaran. Pencari melakukan empat perkara:

• Mereka menanya soalan.
• Mereka mengkaji.
• Mereka memerhatikan perkara yang berlaku di sekeliling mereka.
• Mereka melakukan apa sahaja yang perlu untuk menemukan jawapan.

Mereka mencari Yesus dengan sedaya upaya. Allah suka pencari. Alkitab memberitahu kita, "Di sana kelak kamu akan mencari TUHAN, Allah kamu, dan jika kamu mencari-Nya dengan segenap hati, kamu akan menemui Dia" (Ulangan 4:29 BM).

Jika anda benar-benar serius tentang pencarian kebenaran, anda tidak akan terlepasnya.

Allah tidak akan membiarkan anda terlepasnya.
Hari 2

Perihal Pelan

The Hope Of Christmas

Bagi terlalu ramai orang, hari Natal telah menjadi suatu senarai semak panjang yang meletihkan dan membuat mereka menantikan Disember 26. Dalam siri mesej ini, Pastor Rick ingin mengingatkan anda mengenai tentang sebab anda meraikan hari Natal dan mengapa ia bukan sahaja harus mengubah cara anda meraikan perayaan itu, malah mengubah seluruh hidup anda juga.

More

Renungan ini © 2014 oleh Rick Warren. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan kebenaran.