Pengharapan NatalSampel

The Hope Of Christmas

HARI 2 DARIPADA 10

Yesus Berbaloi dengan Perjalanan Itu

Baca Matius 2:1.

Pencarian kebenaran bukanlah suatu kerja sambilan. Ia memerlukan segala sesuatu yang anda miliki. Orang Bijak mengajar kita tentang ini dalam kisah Natal.

Orang Bijak sanggup mencuba sedaya upaya untuk mencari kebenaran. Matius 2:1 berbunyi, "Sesudah Yesus dilahirkan ... datanglah orang-orang majus dari Timur ke Yerusalem" (ITB). Kita boleh andaikan bahawa Orang Bijak berjalan berbatu-batu dari Timur Jauh ke Timur Tengah memakan belanja yang banyak demi mencari Yesus.

Yesus dilahirkan di Betlehem, yang terletak enam batu dari Yerusalem. Pada masa kelahiran Yesus, Yerusalem merupakan pusat rohani dunia. Pelbagai aktiviti rohani berlaku di Yerusalem. Semua pemimpin agama utama dunia berada di Yerusalem, tetapi tiada seorang daripadanya mencari Yesus. Hanya orang luar — Orang Bijak daripada budaya yang berbeza sepenuhnya — mencari Yesus.

Raja Herodes terlepas bayi Yesus. Begitu juga para pemimpin perniagaan Betlehem. Anda, juga, boleh mempunyai Yesus di tengah-tengah anda dan masih terlepas-Nya jika anda tidak mencari-Nya.

Namun, Orang Bijak mencari Yesus. Mereka sanggup berjalan selama empat hingga lima bulan merentasi gurun yang panas membakar demi mencari Yesus. Mereka adalah serius tentang pencarian Allah. Mereka sanggup melakukan apa jua untuk menemui-Nya.

Itulah kebijaksanaan. Itulah perkara yang kita perlu lakukan juga. Kita tidak boleh membiarkan apa-apa untuk menghalang pencarian Allah kita. Ia merupakan pencapaian yang terpenting dalam dunia.

Yesus mengatakan bahawa Kerajaan Syurga bagaikan mutiara yang begitu bernilai sehingga kita menjual segala sesuatu yang dimiliki demi memperolehnya. Nampaknya Orang Bijak dari Timur memahami ini lama sebelum Yesus mengucapkan perumpamaan itu.

Orang Bijak sanggup mengorbankan segala sesuatu yang dimiliki demi menyembah Yesus. Mereka sanggup mengorbankan keselesaan rumah mereka untuk perjalanan yang panjang dan sukar kerana mereka memiliki motif yang betul dalam pencarian Yesus. Mereka ingin menyembah-Nya.

Apakah yang anda sanggup korbankan demi menyembah Yesus?
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

The Hope Of Christmas

Bagi terlalu ramai orang, hari Natal telah menjadi suatu senarai semak panjang yang meletihkan dan membuat mereka menantikan Disember 26. Dalam siri mesej ini, Pastor Rick ingin mengingatkan anda mengenai tentang sebab anda meraikan hari Natal dan mengapa ia bukan sahaja harus mengubah cara anda meraikan perayaan itu, malah mengubah seluruh hidup anda juga.

More

Renungan ini © 2014 oleh Rick Warren. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan kebenaran.