Pengharapan NatalSampel
Berkenalan dengan Pencipta Anda
Baca ayat-ayat hari ini.
Pada musim ini, kita mempunyai banyak tugas penting yang perlu dilaksanakan. Kita perlu menuliskan laporan akhir tahun. Kita perlu merancang makanan percutian. Dan, pastinya, kita perlu membeli hadiah.
Namun, anda mempunyai sesuatu yang lebih penting untuk ditumpukan perhatian pada hari Natal ini: mengembangkan hubungan peribadi yang bertumbuh dengan Yesus.
Mengapakah anda harus lebih mengenali Yesus? Terdapat sekurang-kurangnya dua sebab yang amat penting.
Pertama, Yesus telah mencipta anda. Alkitab mengatakan, "Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah Ia pada mulanya bersama-sama dengan Allah. Segala sesuatu dijadikan oleh Dia dan tanpa Dia tidak ada suatu pun yang telah jadi dari segala yang telah dijadikan. Dalam Dia ada hidup dan hidup itu adalah terang manusia" (Yohanes 1:1-4 TB).
Anda bukan sahaja berpeluang bertemu dengan Pencipta alam semesta malah bertemu dengan Pencipta anda. Anda pernah mendengar orang lain mengatakan, "Apabila berasa ragu-ragu, rujuklah manual." Mengenali Yesus adalah lebih baik. Jika anda ingin tahu cara memanfaatkan hidup anda dengan sebaik-baiknya, mengapa tidak berkenalan dengan Dia yang telah mencipta anda?
Kedua, Yesus membuka hati anda untuk menikmati kehidupan yang bertujuan, yang aman, dan berkuasa. Hubungan dengan Yesus menjamin tempat anda di Syurga, tetapi ia melakukan lebih daripada itu. Allah menjanjikan kehidupan yang bertujuan, aman, dan berkuasa kepada semua orang yang mengenal-Nya.
Mengenali Yesus secara peribadi mengubah segala sesuatu tentang cara hidup anda. Tujuan, kuasa, dan kedamaian hanyalah permulaan perkara yang ingin Allah berikan kepada anda dalam hidup ini.
Malangnya, kebanyakan orang hidup secara kecil, tidak bererti kerana mereka telah memenuhi kehidupan mereka dengan aktiviti yang tidak bermakna.
Apabila hari Natal hampir tiba, fikirlah tentang pengurus tempat penginapan yang tidak menyediakan bilik untuk Yesus pada hari Natal yang pertama. Tindakannya tidak menghalang Yesus daripada dilahirkan. Tindakannya tidak menghentikan tujuan Allah dalam sejarah. Ia cuma menjejaskan pengurus tempat penginapan itu. Dia terlepas penghormatan menumpangkan Anak Allah semasa kelahiran-Nya.
Ini adalah benar buat anda. Jika anda tidak menguntukkan masa untuk berkenalan dengan Yesus, anda akan terlepas peluang mengenali Pencipta anda. Anda terlepas peluang memiliki tujuan, kedamaian, dan kuasa yang hanya datang melalui Anak Allah. Anda terlepas tujuan-Nya untuk hidup anda jika anda tidak menyediakan ruang untuk-Nya.

Perihal Pelan
Bagi terlalu ramai orang, hari Natal telah menjadi suatu senarai semak panjang yang meletihkan dan membuat mereka menantikan Disember 26. Dalam siri mesej ini, Pastor Rick ingin mengingatkan anda mengenai tentang sebab anda meraikan hari Natal dan mengapa ia bukan sahaja harus mengubah cara anda meraikan perayaan itu, malah mengubah seluruh hidup anda juga.
More
Renungan ini © 2014 oleh Rick Warren. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan kebenaran.