Menemui Kebenaran Allah Dalam Ribut KehidupanSampel
Kedamaian, Pertolongan, dan Harapan untuk Esok
Anda sudah sampai ke hari terakhir kajian ini! Renungan hari ini membincangkan satu perkara yang paling penting bagi sesiapa yang menghadapi waktu yang susah--harapan.
Walau apa pun yang sedang anda hadapi, Allah tahu. Kasih-Nya untuk umat-Nya tidak pernah gagal. Dia sedang menjaga sekarang ini. Dia selalu memelihara anda.
Walau apa pun yang berlaku ataupun bagaimana cerita anda berjalan, anda boleh berasa yakin bahawa anda tidak akan berada di luar rancangan Allah.
Anda boleh berasa yakin dalam kesedaran bahawa Penyelamat anda tidak akan meninggalkan anda keseorangan.
Wahyu 21:3-5 merupakan peringatan bagi harapan luar biasa yang kita miliki kerana Kristus. Allah menjanjikan kita tempat di syurga di mana tiada lagi penderitaan atau kesakitan, dan di mana Dia akan menyapu air mata daripada mata kita. Meskipun sekarang, Dia sedang menyediakan tempat untuk kita di sana. Dia akan memperbaharui segala sesuatu!
Oleh itu, di mana pun anda sekarang ini, luangkan masa untuk bersandar pada Penyelamat yang tidak akan meninggalkan atau mengabaikan anda. Bertenanglah dengan pengetahuan bahawa Dia mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik. Tetap beriman walau apa pun dugaan yang melanda anda dalam hidup ini, dugaan tersebut tidak berbaloi dibandingkan dengan sukacita yang menantikan anda.
Pergelutan anda tidak pernah terlalu besar untuk Allah. Walau betapa patah semangat pun anda rasa, ada harapan yang lebih besar daripada kekecewaan anda. Pilihlah untuk mengerjakan kebenaran itu hari ini.
Doa: Ya Allah, terima kasih kerana pengetahuan yang kita miliki bahawa Engkau sedang mengendalikan segala sesuatu sehingga menghasilkan yang baik. Terima kasih kerana walaupun masalah kehidupan menguasai saya, masalah itu tidak mendefinisikan saya. Terima kasih kerana saya dapat menemui identiti saya dalam-Mu dan dalam kemenangan yang saya tahu bakal dicapai. Terima kasih kerana kurnia hidup yang kekal dengan-Mu. Tolonglah saya untuk hidup dengan harapan dan sukacita setiap hari sebagai anak-Mu. Amin.
Renungan ini ialah karya pendamping bagi buku Why? Answers to Weather the Storms of Life. Jika anda mencari lebih banyak dorongan alkitabiah untuk menolong anda mengatasi dugaan, anda boleh mendapatkan salinan buku itu di sini .
Perihal Pelan
Sebagai orang Kristian, kita tidak lali terhadap masalah di dunia ini. Sebenarnya, Yohanes 16:33 berjanji bahawa anda akan menderita. Jika anda menghadapi ribut kehidupan sekarang ini, renungan ini adalah untuk anda. Pelan ini merupakan peringatan akan harapan yang menolong kita mengharungi ribut kehidupan. Sekiranya anda tidak menghadapi sebarang pergelutan sekarang ini, pelan ini akan memberikan anda dasar yang akan menolong anda mengharungi dugaan masa depan.
More