Menemui Kebenaran Allah Dalam Ribut KehidupanSampel
Kenyataan Dugaan
Jika anda terlalu muda untuk mengingati telefon kereta dan pemain 8 trek, anda mungkin tidak mengenali Keith Green. Namun, lirik lagunya "Trials Turned to Gold" (Dugaan Bertukar kepada Emas) masihlah relevan sekarang ini seperti waktu lagu itu dikeluarkan pada tahun 1977.
The view from here is nothing near to what it is for You. I tried to see Your plan for me, but I only acted like I knew. Oh Lord, forgive the times I tried to read Your mind 'cause You said if I'd be still, then I would hear Your voice (Pandangan dari sini jauh berbeza daripada pandangan-Mu. Saya cuba melihat rancangan-Mu untuk saya, tetapi saya hanya bertindak seolah-olah saya tahu. Oh Tuhan, ampunkan saya kerana saya cuba membaca fikiran-Mu kerana Engkau mengatakan jika saya berdiam, saya akan mendengar suara-Mu).
Banyak antara kita menghadapi dugaan sebenar dan susah setiap hari. Menjadi orang Kristian tidak menyelamatkan kita daripada ini. Namun, menyedari bahawa Penyelamat kita ada di sisi kita dan melihat gambaran keseluruhan walau apa pun dugaan yang kita hadapi memanglah menenangkan hati kerana beberapa banyak sebab. Ini menenangkan kita bahawa kita tidak bersendirian dalam pergelutan dan penderitaan kita. Ini memberikan kita perspektif yang lebih tinggi tentang masalah kita--pengetahuan bahawa masalah tersebut mencapai tujuan yang lebih besar dalam diri kita dan dalam dunia ini.
Kita diingatkan tentang tujuan ini dalam Yakobus 1:2-4, dalam petikan ini Yakobus memberikan kita arahan yang kelihatan tidak munasabah untuk bersukacita semasa mengalami cubaan.
Bersukacita semasa menghadapi dugaan? Ini kelihatan hampir mustahil! Walau bagaimanapun, daripada perspektif Allah, hal ini masuk akal. Dugaan kita mendekatkan kita kepada Dia dan membuat kita tidak kekurangan apa-apa.
Kita mungkin tidak mahu menghadapi dugaan dalam hidup kita, dan kita mungkin tidak memandang dugaan sebagai berfaedah atau perlu dengan segera. Namun, kita tidak memiliki perspektif Allah. Ataupun, seperti yang dikatakan oleh Keith Green, "The view from here is nothing near to what it is for God (Pandangan dari sini jauh berbeza daripada pandangan Allah)."
Meskipun dunia kita bergoncang, kita tidak pernah meninggalkan tangan, atau rancangan, Allah.
Doa: Ya Allah, terima kasih kerana harapan yang saya miliki dalam-Mu meskipun ketika menghadapi dugaan. Tolonglah saya untuk memiliki perspektif-Mu semasa saya mengalami kesukaran dalam hidup ini. Saya mempercayai bahawa Engkau akan mencapai kebaikan melalui pergelutan saya. Terima kasih kerana walaupun dunia saya tidak stabil, saya boleh selalu yakin dalam-Mu. Amin.
Perihal Pelan
Sebagai orang Kristian, kita tidak lali terhadap masalah di dunia ini. Sebenarnya, Yohanes 16:33 berjanji bahawa anda akan menderita. Jika anda menghadapi ribut kehidupan sekarang ini, renungan ini adalah untuk anda. Pelan ini merupakan peringatan akan harapan yang menolong kita mengharungi ribut kehidupan. Sekiranya anda tidak menghadapi sebarang pergelutan sekarang ini, pelan ini akan memberikan anda dasar yang akan menolong anda mengharungi dugaan masa depan.
More