Menemui Kebenaran Allah Dalam Ribut KehidupanSampel
Melihat Melewati Cubaan Kita
Semasa kita mengharungi ribut, dunia kita kerap mula berkisar pada diri sendiri. Kita cepat menumpukan perhatian pada masalah kita. Ada kalanya ini ialah mekanisme untuk terus hidup--kita harus menumpukan perhatian pada menjaga diri agar mengatasi masalah kita. Namun, pada masa lain, naluri untuk memandang ke dalam ini sebenarnya menyakiti kita.
Gerak hati kita memberitahu kita untuk menjaga diri kerana tiada orang lain yang akan berbuat demikian, dan, pada waktu kita adalah paling lemah, memanglah mudah untuk mempercayai bohong itu. Walau bagaimanapun, Yesaya 58:10-11 memberikan gambaran yang berbeza. Petikan ini mengatakan jika kita menumpukan perhatian untuk melayani orang yang lapar dan tertindas, Allah akan memenuhi keperluan kita. Ini menunjukkan keindahan melihat melewati hidup sendiri, sebaliknya memberkati orang lain.
Petikan yang indah ini menunjukkan kepada kita bahawa mengasihi orang lain ialah suatu hadiah! Hadiah itu merupakan sesuatu yang kita dilengkapi khususnya untuk terima semasa kita mengharungi penderitaan.
Orang lain paling memerlukan kasih kita semasa mereka menderita. Apabila kita mengalami cubaan kita, kita lebih berupaya untuk memahami penderitaan orang lain. Walaupun cubaan mereka itu berbeza daripada cubaan kita, kita boleh memahami--meskipun sedikit sahaja--penderitaan yang sedang dialami mereka itu.
Pemahaman menolong kita untuk mengasihi orang lain dengan lebih baik! Daripada selalu memandang diri, kita boleh mencari peluang untuk memberkati orang lain.
Dengan memakukan mata kita pada Allah dan menumpukan perhatian pada keperluan orang lain daripada keperluan sendiri, kita memperoleh perspektif yang baru. Kita menukar penderitaan dan kelemahan masalah diri kita dengan sukacita dan kemenangan menolong orang lain. Kita turut menjadi rapat dengan Allah dalam proses itu.
Doa: Ya Allah, berikan saya mata yang jelas untuk melihat orang di sekeliling saya yang memerlukan bantuan. Tunjukkan kepada saya apa yang Engkau mahu saya lakukan di tengah-tengah cubaan saya untuk menolong orang yang menghadapi situasi yang sama. Terima kasih kerana Engkau telah memberikan saya keupayaan untuk mengalami berkat melayani orang lain walaupun hidup saya adalah susah. Amin.
Perihal Pelan
Sebagai orang Kristian, kita tidak lali terhadap masalah di dunia ini. Sebenarnya, Yohanes 16:33 berjanji bahawa anda akan menderita. Jika anda menghadapi ribut kehidupan sekarang ini, renungan ini adalah untuk anda. Pelan ini merupakan peringatan akan harapan yang menolong kita mengharungi ribut kehidupan. Sekiranya anda tidak menghadapi sebarang pergelutan sekarang ini, pelan ini akan memberikan anda dasar yang akan menolong anda mengharungi dugaan masa depan.
More