Menemui Kebenaran Allah Dalam Ribut KehidupanSampel
Kuasa Doa
Berdoa mungkin rasa seperti risiko ketika menghadapi dugaan. Kita mungkin tertanya-tanya, "Bagaimana kalau Allah tidak menjawab doa saya mengikut cara yang saya fikirkan itu?" "Bagaimana kalau Dia tidak campur tangan dan menyelamatkan saya daripada masalah saya?" Pada waktu kita yang paling kelam, doa mungkin kelihatan tidak berguna, dan kita mungkin ragu-ragu sama ada Allah sedang mendengar.
Walau bagaimanapun, 1 Yohanes 5:14-15 memberitahu kita bahawa kita harus berkeyakinan semasa berdoa. Walau apa pun yang kita minta, Allah sentiasa mendengar kita. Jika kita berdoa berdasarkan kehendak-Nya, kita tahu Dia akan menjawab kerana Dia selalu mengutamakan kepentingan kita.
Bahagian ayat itu yang sukar ialah keyakinan berdoa berdasarkan kehendak Allah. Kita tidak selalu mengetahui kehendak Allah, dan kadang-kadang kita mahu kehendak kita terlaksana. Namun, itu bukanlah tujuan doa. Doa menghubungkan kita dengan Allah, dan doa menolong kita menemui kedamaian melalui hubungan tersebut. Doa membenarkan kita untuk menyerahkan masalah dan pergelutan kita kepada Allah dan mengatakan, "Ini milik-Mu sekarang. Engkau boleh mengendalikannya dengan lebih baik daripada saya."
Sementara kita berharap agar kelegaan daripada pergelutan kita ialah sebahagian daripada kehendak Allah, itu tidaklah selalu keadaannya. Meskipun rancangan Allah tidak melibatkan penyembuhan atau keselamatan kita daripada suatu situasi, doa masihlah penting.
Apabila kita menyerahkan kekhuatiran dan perminataan kita kepada Allah, tindakan ini membawa kedamaian yang melebihi pemahaman dan melindungi hati serta fikiran kita. Oleh itu, pada hari ini, curahkan kekhuatiran dan permintaan anda kepada Allah dalam doa. Bersukacitalah dalam kedamaian dan harapan yang diberikan sebagai gerak balas-Nya.
Doa: Ya Allah, terima kasih kerana kurnia doa. Terima kasih kerana saya boleh selalu mendekati-Mu dengan permintaan dan masalah saya. Terima kasih kerana kehendak sempurna-Mu bagi hidup saya. Saya mendoakan kedamaian yang dijanjikan-Mu untuk menjaga hati saya dan fikiran saya semasa saya takut dan keraguan menyelinap masuk. Terima kasih kerana Engkau sentiasa menjaga saya. Amin.
Perihal Pelan
Sebagai orang Kristian, kita tidak lali terhadap masalah di dunia ini. Sebenarnya, Yohanes 16:33 berjanji bahawa anda akan menderita. Jika anda menghadapi ribut kehidupan sekarang ini, renungan ini adalah untuk anda. Pelan ini merupakan peringatan akan harapan yang menolong kita mengharungi ribut kehidupan. Sekiranya anda tidak menghadapi sebarang pergelutan sekarang ini, pelan ini akan memberikan anda dasar yang akan menolong anda mengharungi dugaan masa depan.
More