Menemui Kebenaran Allah Dalam Ribut KehidupanSampel
![Finding God's Truth In The Storms Of Life](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F12468%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Kurnia Belas Kasihan
Jika ada orang yang berhak berasa tidak bahagia, ia ialah Hellen Keller. Ia buta dan pekak, dan kecacatannya menyebabkannya tidak dapat merasai dunia ini seperti kebanyakan daripada kita. Setiap orang di sekelilingnya memiliki keupayaan yang tidak dimilikinya. Namun, ia berazam, dan memiliki sesuatu yang lebih berharga--belas kasihan.
"Percayalah, ketika anda rasa paling sedih, bahawa ada sesuatu yang harus anda lakukan di dunia ini," katanya. "Asalkan anda dapat mengurangkan penderitaan orang lain, hidup ini tidak sia-sia."
Pada zaman dewasanya, Helen menghabiskan sebahagian besar masanya untuk melawat hospital di mana askar yang menjadi buta atau pekak akibat perang dirawat. Ia pergi dan menunjukkan harapan agar mereka dapat menjalankan hidup yang produktif selepas kecederaan mereka. Ia menggalakkan mereka supaya tidak berputus asa tentang masa depan mereka. Kecacatannya memberikannya pilihan untuk menolong orang yang menghadapi pergelutan yang tidak dapat dinyatakan.
Fikirlah daripada perspektif Helen. Ia boleh berkata, "Saya pekak dan buta, mereka itu cuma buta. Saya menanggung masalah yang lebih besar daripada mereka." Ia boleh memilih untuk berasa marah, kecewa, atau menumpukan perhatian pada pergelutannya. Sebaliknya, ia memilih untuk menggunakan keadaannya untuk menunjukkan belas kasihan kepada orang di sekelilingnya.
Melepaskan "hak" kita untuk tenggelam dalam penderitaan kita dan memilih untuk berbelas kasihan terhadap orang lain adalah susah. Namun, semasa kita menderita, kita memiliki keupayaan yang lebih tinggi untuk berempati dengan orang lain.
Daripada membandingkan masalah atau menilai orang yang lebih susah, kita boleh memilih untuk menjadi berkat.
Doa: Ya Allah, terima kasih kerana kurnia belas kasihan. Saya tahu bahawa ketika saya mengharungi ribut kehidupan, saya memiliki keupayaan yang lebih tinggi untuk berbelas kasihan terhadap orang lain. Tolonglah saya untuk mengakses dan menggunakan keupayaan itu untuk memberkati orang di sekeliling saya. Amin.
Perihal Pelan
![Finding God's Truth In The Storms Of Life](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F12468%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Sebagai orang Kristian, kita tidak lali terhadap masalah di dunia ini. Sebenarnya, Yohanes 16:33 berjanji bahawa anda akan menderita. Jika anda menghadapi ribut kehidupan sekarang ini, renungan ini adalah untuk anda. Pelan ini merupakan peringatan akan harapan yang menolong kita mengharungi ribut kehidupan. Sekiranya anda tidak menghadapi sebarang pergelutan sekarang ini, pelan ini akan memberikan anda dasar yang akan menolong anda mengharungi dugaan masa depan.
More