Menemui Kebenaran Allah Dalam Ribut KehidupanSampel

Finding God's Truth In The Storms Of Life

HARI 9 DARIPADA 10

Kemenangan daripada Tragedi

Apabila seseorang pengarang duduk untuk menulis novel, ia biasanya sudah tahu kesudahan buku itu. Ia tahu tentang konflik antara watak utama dan bagaimana mereka akan mengatasinya.

Demikian jugalah dengan Allah. Dia sedang menulis cerita anda, dan Dia sudah tahu kesudahannya. Ada kalanya, kita ingin menjerit, "Apa yang akan berlaku?" Kita ingin menengok sepintas lalu halaman terakhir itu. Tanpa seluruh cerita itu, kita bergelut untuk mempercayai bahawa tujuan Allah untuk masalah kita adalah berbaloi dengan penderitaannya.

Ayub merupakan contoh yang baik bagi seseorang yang semestinya keliru tentang tujuan Allah bagi penderitaannya. Ia berseru kepada Allah dalam kekecewaannya, dan banyak kali ia hampir berputus asa. Walau bagaimanapun, Allah mengingatkan Ayub bahawa tujuan dan rancangan-Nya selalu kekal. Sementara Allah tidak pernah memberitahu Ayub tujuan bagi penderitaannya, Dia berjanji kepada Ayub bahawa Dia masih berkuasa.

Kita mungkin tidak dapat mendengar cerita yang lebih besar tentang cara penderitaan kita menjayakan rancangan Allah. Namun, kita harus diyakinkan oleh pengetahuan bahawa Allah sentiasa mempunyai tujuan untuk pengalaman kita.

Kita boleh menunggu rancangan Allah dengan sabar apabila kita mengetahui bahawa rancangan-Nya tidak akan gagal. Penderitaan kita hanyalah sebahagian kecil daripada cerita besar kasih Allah terhadap dunia ini.

Doa: Ya Allah, kadang-kadang saya rasa susah untuk beriman apabila saya tidak dapat melihat tujuan penderitaan saya. Berikan saya kesabaran dan tolonglah saya untuk mempercayai bahawa Engkau selalu berkuasa. Terima kasih kerana rancangan-Mu yang sempurna bagi dunia ini. Amin.

Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Finding God's Truth In The Storms Of Life

Sebagai orang Kristian, kita tidak lali terhadap masalah di dunia ini. Sebenarnya, Yohanes 16:33 berjanji bahawa anda akan menderita. Jika anda menghadapi ribut kehidupan sekarang ini, renungan ini adalah untuk anda. Pelan ini merupakan peringatan akan harapan yang menolong kita mengharungi ribut kehidupan. Sekiranya anda tidak menghadapi sebarang pergelutan sekarang ini, pelan ini akan memberikan anda dasar yang akan menolong anda mengharungi dugaan masa depan.

More

Kami berterima kasih kepada Vernon Brewer, Pengasas dan CEO World Help kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.worldhelp.net

Pelan yang Berkaitan