Menemui Kebenaran Allah Dalam Ribut KehidupanSampel

Finding God's Truth In The Storms Of Life

HARI 5 DARIPADA 10

Menemui Kekuatan dalam Tuhan

Ketakutan bukanlah sesuatu yang patut ditertawakan atau dipandang ringan. Ketakutan menghalang orang yang berkuasa daripada pencapaian yang hebat. Ketakutan membuat tentera tersentak. Ketakutan akan membuat anda terhenti juga, jika anda membenarkannya.

Namun, kita mempunyai sesuatu yang lebih besar daripada ketakutan--Allah. Pengetahuan itu harus mengelakkan kita daripada dikalahkan oleh ketakutan, tetapi sering kali itu tidak berlaku. Walaupun kita ialah orang Kristian, kita masih selalu tunduk pada ketakutan.

Penyerahan kita kepada ketakutan menunjukkan bahawa kita tidak betul-betul memahami kuasa Allah kita.

Petikan hari ini daripada Mazmur 46 memberikan kita gambaran yang dramatik tentang iman menghapuskan ketakutan. Pemazmur itu berkata disebabkan Allah ialah kekuatannya, ia tidak akan takut--walaupun bumi gempa dan gunung-gunung jatuh ke dasar laut! Sungguh menakjubkan! 

Jika anda pernah menaiki gunung, anda mungkin dapat membayangkan betapa menakutkannya jika gunung runtuh di sekeliling anda. Namun, pemazmur itu tidak mengatakan keruntuhan gunung tidak menakutkan. Ia mengatakan imannya adalah lebih kuat daripada rasa takutnya.

Ketakutan memberitahu kita bahawa kita adalah bersendirian, bahawa kita perlu menghadapi dugaan dan pergelutan sendiri. Ketakutan mengingatkan kita tentang kelemahan kita. Ketakutan menunjukkan kita kepada kegagalan kita. Walau bagaimanapun, iman menunjukkan kita kepada Allah. Iman meyakinkan kita bahawa kita tidak pernah bersendirian--Allah sentiasa menyertai kita! Iman menunjukkan bahawa kelemahan kita cumalah peluang untuk menunjukkan kekuatan Allah.

Hidup ini dipenuhi masalah dan sukacita. Frederick Beuchner pernah berkata, "Inilah dunia. Perkara yang indah dan buruk akan berlaku. Janganlah takut." Memang betul! Kita tidak harus takut. Kita mempunyai Allah yang sudah mengalahkan dunia.

Doa: Ya Allah, terima kasih kerana kuasa-Mu ke atas segala sesuatu yang sedang saya hadapi. Tolonglah saya untuk memiliki iman yang lebih besar daripada ketakutan saya. Gunalah kelemahan saya untuk menunjukkan kekuatan-Mu. Terima kasih kerana kasih-Mu tidak pernah mengecewakan saya. Amin.

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Finding God's Truth In The Storms Of Life

Sebagai orang Kristian, kita tidak lali terhadap masalah di dunia ini. Sebenarnya, Yohanes 16:33 berjanji bahawa anda akan menderita. Jika anda menghadapi ribut kehidupan sekarang ini, renungan ini adalah untuk anda. Pelan ini merupakan peringatan akan harapan yang menolong kita mengharungi ribut kehidupan. Sekiranya anda tidak menghadapi sebarang pergelutan sekarang ini, pelan ini akan memberikan anda dasar yang akan menolong anda mengharungi dugaan masa depan.

More

Kami berterima kasih kepada Vernon Brewer, Pengasas dan CEO World Help kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.worldhelp.net

Pelan yang Berkaitan