Menemui Kebenaran Allah Dalam Ribut KehidupanSampel

Finding God's Truth In The Storms Of Life

HARI 3 DARIPADA 10

Sebab untuk Cubaan

Sebelum menghadapi cubaan yang besar, kebanyakan orang Kristian nampaknya percaya bahawa mereka memiliki pemahaman yang agak baik tentang Roma 5:3-4 dan boleh menerapkannya dalam hidup mereka apabila kesukaran melanda. Kemudian, segala hal berubah. Mereka mungkin mengalami kehilangan orang yang dikasihi, mula mengalami keretakan perkahwinan, atau menerima panggilan doktor yang berkata, "Kamu menghidap barah."

Pada waktu inilah kita sering menyedari betapa lemahnya kita ini ... dan waktu itu mungkinlah suram. Namun, pada waktu inilah kita mempunyai pilihan. Kita boleh membelakangi keKristianan, melarikan diri daripada realiti, atau menerima bahawa keadaan kita adalah daripada Allah.

Kita harus bertabah. Kita harus mempercayai bahawa Allah--yang mengetahui bilangan rambut pada kepala kita--cukup mengambil berat terhadap kita, walau apa pun. Kita harus mengingatkan diri tentang hal ini setiap pagi.

Setiap hari yang kita menahan cubaan, kita berkembang dalam keupayaan kita untuk bertabah melalui waktu yang sukar. Ketabahan ialah sesuatu yang diarahkan dalam Kitab Suci. Maka, bertumbuh dalam ketabahan tidak harus dipandang ringan!

Paulus memberitahu kita bahawa ketabahan yang kita peroleh daripada penderitaan juga menghasilkan budi pekerti. Semasa kita menghadapi penderitaan kita dan mengharunginya, kita menjadi orang yang lebih kuat. Kita membina kepercayaan yang kukuh, dan kita diingatkan tentang kekuatan sendiri. Orang yang menahan penderitaan kurang dipengaruhi oleh pendapat orang lain. Mereka boleh bertabah melalui konflik moral yang susah dan cubaan kerana mereka telah bertabah mengharungi pergelutan. Itulah hadiah yang berharga yang setiap seorang daripada kita terima semasa kita mengharungi ribut kehidupan.

Akhirnya, kita dimaklumkan bahawa budi perkerti membina harapan. Kita berharapan untuk masa depan dan untuk setiap hari kerana kita tahu bahawa Allah sedang menjaga kita. Paulus memberitahu kita bahawa harapan ini tidak akan mengecewakan kita.

Akhirnya, semua penderitaan kita membina harapan yang digenapi setiap hari dalam Yesus.

Tiada hal yang lebih baik yang harus kita muliakan!

Doa: Ya Allah, terima kasih kerana Engkau menggunakan penderitaan saya untuk menjadikan saya lebih menyerupai Anak-Mu. Tolonglah saya untuk bertabah, membina budi pekerti saya, dan menemui harapan dalam-Mu. Berikan saya iman bahawa Engkau sedang membangunkan saya untuk menjadi orang yang lebih baik melalui cubaan saya. Terima kasih kerana kasih kurnia-Mu apabila saya gagal. Amin.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Finding God's Truth In The Storms Of Life

Sebagai orang Kristian, kita tidak lali terhadap masalah di dunia ini. Sebenarnya, Yohanes 16:33 berjanji bahawa anda akan menderita. Jika anda menghadapi ribut kehidupan sekarang ini, renungan ini adalah untuk anda. Pelan ini merupakan peringatan akan harapan yang menolong kita mengharungi ribut kehidupan. Sekiranya anda tidak menghadapi sebarang pergelutan sekarang ini, pelan ini akan memberikan anda dasar yang akan menolong anda mengharungi dugaan masa depan.

More

Kami berterima kasih kepada Vernon Brewer, Pengasas dan CEO World Help kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.worldhelp.net

Pelan yang Berkaitan