Menemui Kebenaran Allah Dalam Ribut KehidupanSampel

Finding God's Truth In The Storms Of Life

HARI 2 DARIPADA 10

Pertarungan antara Emosi

Pernahkah anda rasa patah semangat? Ada kalanya segala sesuatu berjalan dengan lancar, dan apabila rancangan gagal, memanglah mudah untuk rasa seolah-olah tidak bermakna untuk cuba memperbaik hidup anda. Kesedihan, kemarahan, rasa putus asa, dan ketakutan merupakan emosi sebenar yang dialami oleh orang Kristian yang paling kuat juga pada waktu yang susah. Lihatlah Daud atau beberapa orang tokoh iman yang lain.

Sering kali kita mungkin rasa takut untuk mengakui emosi tersebut. Namun, memanglah penting untuk menangani semua emosi kita--terutamanya emosi yang negatif--semasa menghadapi dugaan. Apabila kita memandang kemarahan dan kesedihan kita berdasarkan kebenaran Allah, kita boleh menemui ketenangan dan tidak hidup dalam penafian.

Semasa kita bersedih, kita boleh menemui sukacita dalam kebenaran bahawa Allah dekat kepada orang yang tawar hati (Mazmur 34:18). Semasa kita marah, kita dapat menemui kedamaian dalam janji bahawa kasih Allah yang tidak pernah bergoyang, meskipun oleh kemarahan kita (Yesaya 54:10). Apabila rasa putus asa menguasai kita, kita boleh menyerahkan beban kita kepada Tuhan kerana Dia tidak akan membiarkan kita dikalahkan (Mazmur 55:22). Apabila kita dicubai untuk tunduk pada ketakutan, kita boleh menjadi kuat kerana Allah ialah tempat perlindungan kita dan kita sedar bahawa Dia tidak mungkin mengecewakan kita (Mazmur 18:2).

Allah telah memberikan kita banyak janji dalam Kitab Suci, tetapi salah satu janji yang diberikan berulang kali ialah penghiburan. Dia memahami pertarungan kita dengan emosi kita, dan Dia berbelas kasihan terhadap kita.

Allah mahu kita untuk menyerahkan beban kita kepada-Nya dan bergantung pada-Nya dengan beriman semasa emosi kita menguasai kita.

Apabila kita patah semangat, Allah meyakinkan kita bahawa Dia masihlah memadai.

Oleh itu, lain kali anda dicubai untuk menafikan emosi anda atau cuba menguruskan emosi anda sendiri, serahkan semuanya kepada Allah. Dia akan memberikan anda harapan yang lebih besar daripada mana-mana pergelutan emosi yang anda hadapi.

Doa: Ya Allah, terima kasih kerana keyakinan yang Engkau berikan kepada kami dalam Kita Suci anda tentang kasih-Mu terhadap kami. Engkau selalu lebih kuat daripada mana-mana masalah yang menimpa kami. Tolonglah saya untuk menyerahkan pertarungan emosi saya kepada-Mu. Terima kasih kerana penghiburan yang Engkau berikan ketika saya amat memerlukannya. Amin.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Finding God's Truth In The Storms Of Life

Sebagai orang Kristian, kita tidak lali terhadap masalah di dunia ini. Sebenarnya, Yohanes 16:33 berjanji bahawa anda akan menderita. Jika anda menghadapi ribut kehidupan sekarang ini, renungan ini adalah untuk anda. Pelan ini merupakan peringatan akan harapan yang menolong kita mengharungi ribut kehidupan. Sekiranya anda tidak menghadapi sebarang pergelutan sekarang ini, pelan ini akan memberikan anda dasar yang akan menolong anda mengharungi dugaan masa depan.

More

Kami berterima kasih kepada Vernon Brewer, Pengasas dan CEO World Help kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.worldhelp.net

Pelan yang Berkaitan