Serahkanlah Segala Kekhuatiran KamuSampel

Cast Your Cares

HARI 4 DARIPADA 10

Mempercayai Allah

Ada orang bergantung kepada kereta kuda mereka, yang lain kepada kuda mereka, tetapi kita yakin akan kuasa TUHAN, Allah kita. - Mazmur 20:8

Saya memerlukan dua ubat dengan segera. Pertama, ubat untuk alergi ibu saya dan yang kedua ialah ubat untuk ekzema anak saudara perempuan saya. Ketidakselesaan mereka bertambah buruk, tetapi ubat yang diperlukan itu tidak lagi tersedia di farmasi. Berasa terdesak dan tidak berdaya, saya berdoa berulang kali, Tuhan, tolonglah mereka.

Beberapa minggu kemudian, keadaan mereka dapat ditahan. Allah seolah-olahnya berkata: "Ada kalanya Aku menyembuhkan dengan ubat. Tapi, ubat bukanlah kepastian; Akulah yang memberi kata putus. Jangan bergantung kepada ubat tetapi yakin akan Aku.”

Dalam Mazmur 20, Raja Daud menemui penghiburan dalam kebolehpercayaan Allah. Orang Israel memiliki tentera yang kuat, tetapi mereka sedar bahawa kekuatan terbesar mereka datang daripada "nama TUHAN" (ay. 7). Mereka menaruh kepercayaan pada nama Allah—dalam siapa Dia itu, sifat-Nya yang tidak berubah-ubah, dan janji yang tidak gagal. Mereka berpaut pada kebenaran bahawa Dia yang berdaulat dan berkuasa ke atas semua situasi mendengar doa mereka dan menyelamatkan mereka daripada musuh mereka (ay. 6).

Sementara Allah mungkin menggunakan sumber dunia ini untuk menolong kita, pada asasnya, kemenangan ke atas masalah kita datang daripada-Nya. Sama ada Dia memberikan kita penyelesaian atau kasih kurnia untuk bertahan, kita boleh mempercayai bahawa Dia akan menepati semua janji-Nya. Kita tidak harus dikuasai masalah kita, tetapi kita boleh menghadapinya dengan harapan dan kedamaian-Nya.

Karen Huang

Bapa syurgawi, berikan saya keberanian untuk mempercayai-Mu. Tolonglah saya untuk mempercayai bahawa Engkaulah segala-gala yang dijanjikan-Mu.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Cast Your Cares

Sama ada anda memuji Allah kerana kasih kurnia-Nya atau bergelut dengan iman anda, Allah akan sentiasa menemui anda dengan kasih, kebenaran, dan kekuatan-Nya yang tidak berubah. Sertailah komuniti wanita yang komited untuk lebih mendekati Allah dan satu sama lain melalui kepercayaan bahawa Dia adalah mencukupi dan akan sentiasa mencukupi.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Our Daily Bread kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://ourdailybread.org/youversion