Serahkanlah Segala Kekhuatiran KamuSampel

Cast Your Cares

HARI 7 DARIPADA 10

Tekanan kepada Kedamaian

Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur. - Filipi 4:6

Berpindah rumah dinilai sebagai salah satu punca tekanan yang terbesar dalam hidup. Kami berpindah ke rumah sekarang ini sesudah tinggal di rumah sebelumnya selama kira-kira 20 tahun. Saya tinggal seorang diri di rumah itu selama lapan tahun sebelum berkahwin. Kemudian, suami saya berpindah ke sana dengan barangnya. Selepas itu, kami menimang anak, maka kita memiliki lebih banyak barang lagi.

Hari kami berpindah ke rumah baru tidaklah berjalan lancar. Lima minit sebelum pemindah sampai, saya masih menulis manuskrip buku saya. Rumah yang baru mempunyai tangga, oleh itu memindahkan barang memakan masa yang lebih panjang dan memerlukan lebih banyak pemindah daripada yang dirancang.

Walau bagaimanapun, saya tidak tertekan kerana peristiwa hari itu. Kemudian saya sedar: Saya menghabiskan masa yang panjang untuk melengkapkan penulisan buku—buku yang padat dengan ayat Alkitab dan konsep alkitabiah. Dengan limpah kurnia Allah, saya menyelidik Alkitab, berdoa, dan menulis untuk menepati tarikh akhir saya. Jadi, saya percaya bahawa kunci ketenangan saya ialah keasyikan merujuk Alkitab dan berdoa.

Paulus menulis, “Jangan bimbangkan apa pun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah" (Filipi 4:6). Semasa kita berdoa—dan “bersukacita dalam" Allah (ay. 4)—kita menumpukan semula fikiran kita daripada masalah kepada Pemberi kita. Kita mungkin meminta Allah untuk menolong kita mengatasi punca tekanan, tetapi kita juga berhubung dengan Dia, dan tindakan ini boleh memberikan kedamaian "yang melebihi pengertian manusia" (ay. 7).

Katara Patton

Pemberi dan Pelindung, saya menyerahkan kekhuatiran saya kepada-Mu. Moga-moga kedamaian-Mu menjaga fikiran dan hati saya.

Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

Cast Your Cares

Sama ada anda memuji Allah kerana kasih kurnia-Nya atau bergelut dengan iman anda, Allah akan sentiasa menemui anda dengan kasih, kebenaran, dan kekuatan-Nya yang tidak berubah. Sertailah komuniti wanita yang komited untuk lebih mendekati Allah dan satu sama lain melalui kepercayaan bahawa Dia adalah mencukupi dan akan sentiasa mencukupi.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Our Daily Bread kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://ourdailybread.org/youversion