Serahkanlah Segala Kekhuatiran KamuSampel

Cast Your Cares

HARI 9 DARIPADA 10

Allah di Persimpangan

Berdirilah di persimpangan jalan dan perhatikanlah baik-baik! Tanyakanlah jalan-jalan purba, dan yang manakah jalan terbaik. Kemudian ikutilah jalan itu. - Yeremia 6:16

Selepas beberapa hari sakit dan demam panas, jelasnya suami saya memerlukan rawatan kecemasan. Dia dimasukkan ke wad hospital dengan segera. Hari berlalu. Dia bertambah pulih, tetapi tidak cukup untuk dibenarkan keluar. Saya menghadapi pilihan yang susah, menemani suami saya atau berjalan untuk lawatan kerja yang melibatkan banyak orang dan projek. Suami saya meyakinkan saya bahawa dia tak apa. Namun, hati saya berbelah bagi antara dia dan kerja saya.

Umat Allah memerlukan pertolongan-Nya di persimpangan keputusan hidup. Terlalu kerap, mereka tidak mematuhi perintah-Nya yang telah dinyatakan. Oleh itu, Musa merayu agar mereka "memilih hidup" dengan mentaati perintah-Nya (Ulangan 30:19). Kemudian, nabi Yeremia memberikan arahan kepada umat Allah yang tidak terkawal, memohon agar mereka mengikut jalan-Nya: Berdirilah di persimpangan jalan dan perhatikanlah baik-baik! Tanyakanlah jalan-jalan purba, dan yang manakah jalan terbaik. Kemudian ikutilah jalan itu" (Yeremia 6:16). Jalan-jalan purba Alkitab dan pemeliharaan lalu Allah boleh membimbing kita.

Saya membayangkan diri berada di persimpangan fizikal dan menerapkan templat kebijaksanaan Yeremia. Suami saya memerlukan saya. Begitu juga kerja saya. Pada waktu itu, penyelia saya memanggil saya dan menggalakkan saya untuk tinggal di rumah. Saya menarik nafas dan bersyukur kepada Allah kerana pemeliharaan-Nya di persimpangan itu. Arahan Allah tidak selalu datang dengan jelas, tetapi arahan-Nya pasti akan datang. Apabila kita berdiri di persimpangan, marilah kita memastikan kita mencari Dia.

Elisa Morgan

Ya Allah, semasa saya berasa ragu-ragu, tolonglah saya untuk berdiri di persimpangan dan mencari pemeliharaan-Mu.

Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Cast Your Cares

Sama ada anda memuji Allah kerana kasih kurnia-Nya atau bergelut dengan iman anda, Allah akan sentiasa menemui anda dengan kasih, kebenaran, dan kekuatan-Nya yang tidak berubah. Sertailah komuniti wanita yang komited untuk lebih mendekati Allah dan satu sama lain melalui kepercayaan bahawa Dia adalah mencukupi dan akan sentiasa mencukupi.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Our Daily Bread kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://ourdailybread.org/youversion