Serahkanlah Segala Kekhuatiran KamuSampel
Kebaikan yang Kecil
Kamu harus berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar. - Kolose 3:12
Amanda bekerja sebagai jururawat pelawat yang melawat beberapa buah rumah penjagaan secara bergilir—sering kali membawa anak perempuannya Ruby yang berumur 11 tahun ke tempat kerjanya. Ingin melakukan sesuatu, Ruby mula menanya penghuni di sana, "Jika kamu boleh memiliki tiga benda, apakah yang kamu mahu?" lalu mencatatkan jawapan mereka dalam buku notanya. Yang anehnya, kebanyakan daripada keinginan mereka ialah sesuatu yang kecil—sosej Vienna, pai coklat, keju, avokado. Maka, Ruby memulakan GoFundMe untuk memenuhi keinginan mereka. Ketika Ruby menghantar barang tersebut, dia memeluk penerimanya. Dia berkata, "Ini betul-betul menggembirakan."
Semasa kita menunjukkan belas kasihan dan kebaikan seperti Ruby, kita mencerminkan Allah kita yang "penuh kasih kurnia dan belas kasihan . . . dan amat pengasihan” (Mazmur 145:8). Itulah sebabnya rasul Paulus menggesa kita, sebagai umat Allah "harus berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar" (Kolose 3:12). Disebabkan Allah amat berbelas kasihan terhadap kita, kita semula jadinya ingin kongsi belas kasihan-Nya dengan orang lain. Semasa kita berbuat demikian secara sengaja, kita "kenakannya" juga.
Paulus meneruskan: “Di samping melakukan semua itu, kamu harus saling mengasihi, kerana kasih menyatupadukan kamu dengan sempurna" (ay. 14). Dia mengingatkan kita bahawa semua itu haruslah "dilakukan demi nama Tuhan Yesus" (ay. 17), mengingati bahawa semua datangnya daripada Allah. Apabila kita berbuat baik kepada orang lain, roh kita juga diangkat.
Alyson Kieda
Yesus, terima kasih kerana Engkau menunjukkan kita kebaikan yang melimpah-ruah dan tidak terbatas. Tolonglah kita untuk menemui sukacita dalam berbuat baik kepada orang lain.
Kitab
Perihal Pelan
Sama ada anda memuji Allah kerana kasih kurnia-Nya atau bergelut dengan iman anda, Allah akan sentiasa menemui anda dengan kasih, kebenaran, dan kekuatan-Nya yang tidak berubah. Sertailah komuniti wanita yang komited untuk lebih mendekati Allah dan satu sama lain melalui kepercayaan bahawa Dia adalah mencukupi dan akan sentiasa mencukupi.
More