Serahkanlah Segala Kekhuatiran KamuSampel
Burung di Udara
Jangan khuatir akan hidup kamu. - Matius 6:25
Matahari musim panas terbit dan jiran saya senyum ketika ia melihat saya di laman depan saya lalu membisik agar saya melihat sesuatu. "Apa?" saya membisik juga dengan penuh minat. Ia menunjukkan peranggu loceng angin di bahagian anjung rumahnya, di mana beberapa jurai jerami dilihat di dalam peranggu logam itu. "Sarang burung madu," bisiknya. "Lihat anak burung tu?" Dua paruh, sekecil jarum peniti, yang terarah ke atas hampir tidak kelihatan. "Anak burung itu sedang menunggu ibunya." Kami berdiri di sana, penuh kagum. Saya mengambil gambar menggunakan telefon bimbit saya. "Jangan terlalu dekat," kata jiran saya. "Jangan menakutkan ibunya." Dengan itu, kami menjadikan keluarga burung madu itu keluarga angkat kami—dari jauh.
Namun, tidaklah untuk jangka masa yang panjang. Seminggu selepas itu, anak burung dan ibunya hilang—secara diam-diam seperti ketibaan mereka. Siapakah yang akan menjaga burung itu?
Alkitab memberikan jawapan yang indah tetapi biasa. Jawapan ini begitu biasa sehinggakan kita lupa akan janjinya: "Jangan khuatir akan hidup kamu," kata Yesus (Matius 6:25). Perintah yang mudah tetapi indah. "Lihatlah burung di udara yang tidak menyemai benih, tidak menuai tuaian, dan tidak mengumpulkan hasil di dalam jelapang, tetapi Bapa kamu yang di syurga memelihara semuanya” (ay. 26).
Sebagaimana Allah menjaga anak burung, Dia menjaga kita—memelihara kita dari segi minda, tubuh, jiwa, dan roh. Sesungguhnya janji yang indah dan mengagumkan. Moga-moga kita memandang Dia setiap hari—tanpa kekhuatiran—dan melayang.
Patricia Raybon
Allah penyayang, memanglah menundukkan untuk mengetahui bahawa Engkau menjaga keperluan hidup saya. Tolonglah saya untuk menyanjung janji-Mu untuk memelihara saya dengan lebih mempercayai-Mu setiap hari.
Kitab
Perihal Pelan
Sama ada anda memuji Allah kerana kasih kurnia-Nya atau bergelut dengan iman anda, Allah akan sentiasa menemui anda dengan kasih, kebenaran, dan kekuatan-Nya yang tidak berubah. Sertailah komuniti wanita yang komited untuk lebih mendekati Allah dan satu sama lain melalui kepercayaan bahawa Dia adalah mencukupi dan akan sentiasa mencukupi.
More