Serahkanlah Segala Kekhuatiran KamuSampel

Di Bawah Perlindungan Allah
Aku akan tinggal di khemah suci-Mu selama-lamanya; aku akan berlindung di bawah naungan sayap-Mu. - Mazmur 61:4
Terdapat beberapa keluarga angsa Kanada dengan anak angsa di kolam yang berdekatan dengan pangsapuri kami. Anak angsa tersebut penuh dengan bulu dan comel, dan saya suka melihat anak angsa itu semasa saya berjalan mengelilingi kolam itu. Namun, saya mengelakkan hubungan mata dan menjauhkan diri daripada anak angsa itu—jika tidak, saya mungkin dilihat sebagai ancaman oleh ibu bapa angsa yang akan mendesiskan amaran dan mengejar saya!
Gambaran burung yang melindungi anaknya ialah gambaran yang digunakan dalam Alkitab untuk menggambarkan kasih perlindungan lembut Allah terhadap anak-anak-Nya (Mazmur 91:4). Dalam Mazmur 61, Daud kelihatannya bergelut untuk mengalami perlindungan Allah sekali lagi. Dia pernah mengalami Allah sebagai "tempat dia bernaung, menara perkasa" (ay. 3), tetapi sekarang dia berseru kuat "dari hujung bumi," merayu, "bimbinglah aku ke tempat batuan yang lebih tinggi daripadaku" (ay. 2). Dia ingin sangat "berlindung di bawah naungan sayap Allah" (ay. 4) sekali lagi.
Semasa Daud membawa penderitaan dan kerinduannya kepada Allah untuk menerima penyembuhan, dia bersukacita dalam kesedaran bahawa Dia telah mendengarnya (ay. 5). Disebabkan oleh kesetiaan Allah, Daud tahu bahawa dia akan "menyanyikan puji-pujian bagi nama-Nya selama-lamanya” (ay. 8).
Seperti pemazmur itu, ketika kita rasa berjauhan daripada kasih Allah, kita boleh berlari kembali ke dakapan-Nya untuk diyakinkan bahawa meskipun dalam penderitaan kita, Dia menyertai kita, melindungi dan menjaga kita sebagaimana ibu burung melindungi anaknya secara garang.
Monica La Rose
Allah, terima kasih kerana kasih perlindungan-Mu yang garang terhadap saya. Tolonglah saya untuk berharap dengan penuh keyakinan dalam perlindungan-Mu yang lembut.
Kitab
Perihal Pelan

Sama ada anda memuji Allah kerana kasih kurnia-Nya atau bergelut dengan iman anda, Allah akan sentiasa menemui anda dengan kasih, kebenaran, dan kekuatan-Nya yang tidak berubah. Sertailah komuniti wanita yang komited untuk lebih mendekati Allah dan satu sama lain melalui kepercayaan bahawa Dia adalah mencukupi dan akan sentiasa mencukupi.
More
Pelan yang Berkaitan

Bangkitlah dan Bersinarlah

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Benih: Apa dan Mengapa

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan
