Serahkanlah Segala Kekhuatiran KamuSampel
Mukjizat yang “Kecil”
Siapakah yang memandang hina hari terjadinya hal-hal yang kecil? - Zakharia 4:10 AVB
Semasa majlis rai perkahwinan kami, kawan kami yang malu, Dave, berdiri di sudut sana bilik, memegang satu objek berbentuk oblong yang dibaluti kertas tisu. Apabila tiba gilirannya untuk memberikan hadiahnya, dia maju ke depan. Evan dan saya membuka hadiah itu dan melihat sebongkah kayu dengan lingkaran ira kayu sepusat oblong yang sempurna dan diukir dengan tangan, "Sesetengah mukjizat Allah adalah kecil." Plak itu digantung di rumah kami selama 45 tahun, mengingatkan kita berulang kali bahawa Allah sedang bekerja meskipun dalam hal yang kecil. Membayar bil. Menyediakan makanan. Menyembuhkan selesema. Semuanya selaras dengan rekod pemeliharaan Allah yang mengagumkan.
Melalui nabi Zakharia, gabenor Yehuda, Zerubabel, menerima mesej yang serupa daripada Allah berkenaan pembinaan semula Yerusalem dan bait suci. Selepas mereka pulang daripada penawanan Babilonia, musim pembinaan yang lambat bermula, dan orang Israel tawar hati. Allah menyatakan, "Siapakah yang memandang hina hari terjadinya hal-hal yang kecil?" (Zakharia 4:10 AVB). Dia mencapai kehendak-Nya melalui kita dan ada kalanya walaupun kita tidak rela. "Bukan dengan kegagahan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan Roh-Ku," firman TUHAN alam semesta (ay. 6).
Moga-moga kita mengingati bahawa sesetengah mukjizat Allah mungkinlah "kecil" apabila kita bosan dengan kerja-Nya yang kelihatan kecil dalam diri kita dan di sekeliling kita. Dia menggunakan hal yang kecil untuk membina tujuan-Nya yang lebih besar.
Elisa Morgan
Ya Allah, terima kasih kerana Engkau mengerjakan mukjizat yang kecil dalam hidup saya. Tolonglah saya untuk melihat semua perbuatan-Mu!
Kitab
Perihal Pelan
Sama ada anda memuji Allah kerana kasih kurnia-Nya atau bergelut dengan iman anda, Allah akan sentiasa menemui anda dengan kasih, kebenaran, dan kekuatan-Nya yang tidak berubah. Sertailah komuniti wanita yang komited untuk lebih mendekati Allah dan satu sama lain melalui kepercayaan bahawa Dia adalah mencukupi dan akan sentiasa mencukupi.
More