Serahkanlah Segala Kekhuatiran KamuSampel
Dipanggil dan Dilengkapi oleh Allah
Aku telah memberi dia pengertian, kemahiran, dan kebolehan dalam segala jenis karya seni. - Keluaran 31:3
Bos saya memaklumkan saya, “Tugas kamu semasa ekspo buku antarabangsa ialah menguruskan penyiaran radio secara langsung." Saya takut kerana tugas ini adalah sesuatu yang baru kepada saya. Allah, saya tidak pernah melakukan apa-apa seperti ini, saya berdoa. Tolonglah saya.
Allah menyediakan sumber dan orang untuk memimpin saya: juruteknik dan penyiar yang berpengalaman, juga peringatan semasa ekspo tentang perincian yang telah terlepas perhatian. Apabila ditinjau kembali, saya menyedari bahawa penyiaran itu berjalan lancar kerana Dia tahu hal yang diperlukan dan mendorong saya untuk menggunakan kemahiran yang sudah diberikan-Nya kepada saya.
Apabila Allah memanggil kita untuk melaksanakan suatu tugas, Dia juga melengkapkan kita untuk menyempurnakannya. Semasa Dia menugaskan Bezaleel untuk mengerjakan Khemah TUHAN, Bezaleel memanglah seorang tukang yang mahir. Allah melengkapkannya lagi dengan memenuhinya dengan Roh-Nya dan pengertian, kemahiran, dan kebolehan dalam segala jenis karya seni (Keluaran 31:3). Allah juga menyediakan seorang pembantu, Oholiab, serta sekumpulan tukang yang mahir (ay. 6). Dengan pengupayaan-Nya, kumpulan itu mereka bentuk dan membina khemah itu, peralatannya, dan pakaian imam. Semua ini memainkan peranan yang penting dalam penyembahan Allah secara betul oleh orang Israel (ay. 7-11).
Bezaleel bermaksud "di bawah naungan [perlindungan] Allah." Tukang mengusahakan projek sekali seumur hidup di bawah perlindungan, kuasa, dan pemeliharaan Allah. Marilah kita mentaati dorongan-Nya secara berani semasa kita melaksanakan tugas sehingga selesai. Dia tahu apa yang kita perlukan, dan bagaimana serta waktu untuk memberikannya.
Karen Huang
Bapa, terima kasih kerana Engkau melengkapi saya dengan segala sesuatu yang saya perlukan.
Kitab
Perihal Pelan
Sama ada anda memuji Allah kerana kasih kurnia-Nya atau bergelut dengan iman anda, Allah akan sentiasa menemui anda dengan kasih, kebenaran, dan kekuatan-Nya yang tidak berubah. Sertailah komuniti wanita yang komited untuk lebih mendekati Allah dan satu sama lain melalui kepercayaan bahawa Dia adalah mencukupi dan akan sentiasa mencukupi.
More