Serahkanlah Segala Kekhuatiran KamuSampel
Komitmen Allah yang Paling Menenangkan Hati
TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi. - Yosua 1:9
Beberapa tahun yang lalu, keluarga kami melawat Four Corners, satu-satunya tempat di Amerika Syarikat yang membatasi empat negeri. Suami saya berdiri di kawasan yang ditandakan Arizona. Anak lelaki sulung saya, A.J., berdiri di kawasan Utah. Anak lelaki bongsu kami, Xavier, memegang tangan saya dan berdiri di Colorado. Apabila saya melangkah ke kawasan New Mexico, Xavier berkata, “Ibu, saya tidak dapat mempercayai bahawa kamu meninggalkan saya di Colorado!” Kami ada bersama-sama dan berjauhan sementara gelak ketawa kami didengar di empat negeri yang berbeza. Kini anak dewasa kami telah meninggalkan rumah, saya amat menghargai janji Allah untuk menyertai semua umat-Nya ke mana pun mereka pergi.
Selepas Musa meninggal dunia, Allah memanggil Yosua untuk menjadi pemimpin dan menjamin kehadiran-Nya semasa Dia mengembangkan wilayah Israel (Yosua 1:1–4). Allah berkata, “Aku akan menyertai engkau sebagaimana Aku telah menyertai Musa. Aku akan sentiasa menyertai engkau, dan tidak sekali-kali meninggalkan engkau" (ay. 5). Mengetahui bahawa umat-Nya akan bergelut dengan keraguan dan ketakutan, Allah membina dasar harapan atas kata-kata ini: "Bukankah telah Kuperintahkan kepadamu, ‘Kuatkanlah dan mantapkanlah hatimu’? Jangan gentar dan jangan kecut hati, kerana TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana-mana jua pun engkau pergi” (ay. 9).
Walau ke mana pun Allah memimpin orang yang kita kasihi, meskipun mengharungi waktu yang susah, komitmen-Nya yang paling menenangkan hati meyakinkan kita bahawa Dia sentiasa hadir.
Xochitil Dixon
Allah yang maha hadir, terima kasih kerana Engkau menghiburkan saya dengan janji kehadiran-Mu yang tetap.
Kitab
Perihal Pelan
Sama ada anda memuji Allah kerana kasih kurnia-Nya atau bergelut dengan iman anda, Allah akan sentiasa menemui anda dengan kasih, kebenaran, dan kekuatan-Nya yang tidak berubah. Sertailah komuniti wanita yang komited untuk lebih mendekati Allah dan satu sama lain melalui kepercayaan bahawa Dia adalah mencukupi dan akan sentiasa mencukupi.
More