Keajaiban KrismasSampel

The Magic Of Christmas

HARI 8 DARIPADA 25

"Karol Krismas yang Terbaik"

Apakah lagu Krismas kegemaran anda? Saya yakin jika saya minta anda menyiulkan atau menyenandungkan lagu itu sekarang, anda boleh melakukannya dengan baik sekali. Seperti yang anda tahu, sesebuah melodi merupakan susunan not berasingan yang dimainkan satu demi satu, menghasilkan sebuah lagu.

Sekarang, fikir tentang persembahan kegemaran anda bagi lagu itu. Saya yakin anda memikirkan satu versi yang merangkumi harmoni yang indah, sama ada harmoni suara atau alat muzik.

Harmoni terhasil apabila dua atau lebih not yang kedengaran berbeza bergabung untuk menghasilkan bunyi yang lebih kuat dan lebih indah. Sesungguhnya anda hanya memerlukan melodi untuk menghasilkan lagu yang mudah, tetapi harmonilah yang melengkapi sesebuah lagu.

Melodi memberikan lagu itu tubuh.

Harmoni memberikan tubuh itu jiwa.

Kelahiran Yesus merupakan pengenalan harmonik kepada dunia lagu-lagu berasingan. Manusia tidak mungkin mencapai potensi sepenuhnya dan sentiasa teringin maksudnya.

Kita memerlukan Yesus untuk mengubah itu. Disebabkan oleh kelahiran-Nya, pengorbanan-Nya, dan kebangkitan-Nya, kini kita berupaya menjadi lebih daripada not berasingan sahaja. Seperti yang dinyatakan karol Krismas kegemaran saya, Oh, Malam Kudus . . .

Manusia binasa dalam dosa,
Ter'lamatkan kar'na Kristus datang.

Yesus membuat kita berharmoni dengan Allah Bapa. Dia menjadikan lagu kita indah.

Namun, ini tidak berakhir di sini. Sekarang, kita bukan sahaja dapat hidup berharmoni dengan Pencipta kita, malah kita dipanggil untuk berharmoni dengan dunia. Paulus mengatakannya dengan baik sekali dalam suratnya kepada orang Roma . . .

Hendaklah kamu semua hidup rukun. Janganlah bersikap sombong, janganlah tolak tugas yang dipandang rendah. – Roma 12:16

Allah tidak memanggil kita untuk menjadi sekumpulan melodi yang berbeza, bersaing antara satu sama lain, cuba menghasilkan lagu yang terbaik. Dia memanggil kita untuk hidup berharmoni—menyatukan semua orang untuk menghasilkan lagu bersatu yang memuliakan-Nya.

Krismas ialah masa kita berkumpul bersama, tetapi memanglah mudah bingung kerana perbezaan kita. Pada bulan ini, mintalah Allah untuk menjadikan harmoni anda dalam-Nya jelas, dan bersyukur atas itu. Kemudian, renungkan harmoni orang yang memiliki lagu yang ingin dijadikan lebih indah.

Cory Draper
Media
Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

The Magic Of Christmas

Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Community Church dan North Point Ministries, Inc kerana menyediakan kandungan untuk pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: northpoint.org