Keajaiban KrismasSampel

The Magic Of Christmas

HARI 10 DARIPADA 25

"Yusuf Siapa?"

Lukas hanya menyebut namanya beberapa kali; Markus dan Yohanes langsung tidak menyebutnya. Serba sedikit maklumat yang kita ketahui tentang Yusuf terkandung dalam beberapa ayat dalam Matius—dan itupun sedikit sahaja. Kita tahu bahawa ia cukup mengambil berat tentang Maria sehinggakan ia ingin melindungi Maria daripada cemuhan awam dan keaiban yang pasti akan melanda seorang perempuan muda dalam keadaannya.

Kita tahu bahawa Yusuf ialah orang benar yang mempercayai apa yang disampaikan kepadanya oleh malaikat Tuhan (dalam mimpi; sentiasanya dalam mimpi) lalu taat mematuhi apa yang diarahkan untuk dilakukannya dan dijadinya. Kita tahu ia membawa keluarganya ke Betlehem untuk pembancian dan pintar menyediakan tempat yang selamat (namun, sederhana) untuk pengantin mudanya melahirkan anak. Kita juga tahu bahawa ia melindungi keluarga barunya daripada bahaya apabila ia membawa mereka melarikan diri pada tengah malam ke Mesir daripada kemurkaan Herodes. Penyayang, bersifat melindungi, benar, beriman, taat, pencari nafkah. . . kalau hendak dikatakan, senarai sifat yang agak baik.

Namun, Yusuf tidak berniat untuk menjadi watak utama dalam cerita itu. Walaupun peranannya adalah penting, ia sedar bahawa ia bukanlah tumpuan cerita itu—Yesuslah tumpuannya. Ia seolah-olahnya ke tepi tanpa diminta, ke balik tabir, supaya watak utama boleh berdiri di tengah-tengah pentas. Peranannya dalam drama ini bersifat sampingan dan bukannya tumpuan utama. Ia hanyalah sebahagian daripada pelakon pembantu, menyedari dan menerima hakikat ini.

Sebenarnya, perbuatan terbaik Yusuf—pengasuhan, penjagaan, dan pembimbingan Yesus pada tempoh pembentukan-Nya—dilaksanakan tanpa menyatakan namanya. Tidak disebut, selain daripada semasa peristiwa di rumah Tuhan ketika Yesus berumur 12 tahun. Ia ialah rakan terlindung dan lelap dalam perkembangan cerita tentang kehidupan Allah di dunia ini. Sebahagian besarnya, ia tidak diketahui, tidak dimuliakan, dan tidak dipedulikan—dan ini adalah indah.

Semasa musim Krismas ini, saya ingin menjadi seperti Yusuf—untuk menyedari bahawa Yesuslah tumpuan cerita, lalu menerima cara terselindung dan di balik tabir yang kita dipanggil untuk tolong "membawa Dia" ke dunia yang gelap dan rosak ini.

Ryan Gray
Pelayanan Dewasa
Hari 9Hari 11

Perihal Pelan

The Magic Of Christmas

Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Community Church dan North Point Ministries, Inc kerana menyediakan kandungan untuk pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: northpoint.org