Keajaiban KrismasSampel

"Jangkaan Berdiri Berjengket"
Sebelum kami berkahwin, Julie dan saya tahu bahawa kami inginkan anak. Selepas berkahwin selama tiga tahun, kami sudah bersedia. Namun, untuk tiga tahun seterusnya, kami tidak berjaya. Setiap bulan, selama 36 bulan, kami diingatkan tentang pergumulan kemandulan kami.
Kemudian, pada suatu hari, kami mendapati Julie hamil! Memandangkan kami telah menunggu tiga tahun untuk detik ini, anda mungkin rasa menunggu sembilan bulan lagi adalah mudah. Salah! Tempoh ini terasa lama sekali. Kami tidak sabar untuk menemui anak perempuan yang diimpikan ini!
Pernahkah anda merasakan jangkaan seperti ini? Anda berasa gelisah. Anda tidak dapat duduk diam. Ini sahajalah bahan perbualan anda. Nabi Yesaya menyebabkan orang untuk mengalami jangkaan seperti ini. Ia bercakap tentang Penyelamat yang akan datang suatu hari nanti. Ia menggelar-Nya "Penasihat Bijaksana," "Allah Perkasa,” “Bapa Kekal,”
“Raja Damai." Dan ia berkata, "Kekuasaan-Nya akan terus bertambah; pemerintahan-Nya akan sentiasa aman" (Yesaya 9:7; ay. 6 dalam terjemahan BM).
Bercakap tentang berita baik untuk semua orang. Bercakap tentang jangkaan berdiri berjengket! Inilah sepatutnya keadaan musim Adven. Kita meraikan kelahiran orang yang akan melakukan sesuatu yang tidak mungkin dilakukan oleh orang lain bagi kita: membawa kita daripada kegelapan kepada cahaya yang terang, daripada kematian kepada kehidupan.
Beberapa hari sebelum hari Krismas seharusnya dipenuhi jangkaan berdiri berjengket. Barangkali anda menjangkakan sesuatu yang baik pada hari Krismas ini—hadiah yang betul-betul diingini, perjumpaan kawan atau keluarga, atau tradisi Krismas yang istimewa. Ataupun, mungkin anda menjangkakan sesuatu yang kurang baik: kalendar yang padat, kenangan kerenggangan hubungan yang menyakitkan hati, atau ahli keluarga yang banyak kerenah.
Bagaimana kalau hari Krismas ini adalah berbeza? Bagaimana kalau anda menghabiskan musim Adven ini menjangkakan sesuatu yang akan membuat anda rasa gembira, senang hati, puas hati, dan dikasihi? Anda boleh.
Marilah mengarahkan jangkaan kita kepada Yesus—penyelamat kita, harapan kita, Penyelamat kita, penyembuh kita, keselamatan kekal kita, Allah menyertai kita. Yesus telah dilahirkan! Demi anda! Demi saya! Marilah berdiri berjengket dan menantikan Yesus bersama-sama. Berikut adalah dua cara yang mudah:
1. Setiap hari, fikirkan nama Yesus, dan biarkan fikiran anda melayang daripada itu.
2. Menyertai kami sementara kakitangan kami memimpin dengan renungan ini: Keajaiban Krismas.
Saya tidak sabar. Saya berharap anda berdiri berjengket juga!
Casey Ross
Khidmat Pelayanan

Kitab
Perihal Pelan

Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Community Church dan North Point Ministries, Inc kerana menyediakan kandungan untuk pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: northpoint.org