Keajaiban KrismasSampel
"Kristus: Bukan Nama Keluarga"
Nama Pertama. Nama Keluarga. Dalam masyarakat Barat, kita sudah biasa dengan cara menulis nama seseorang ini.
Apabila kita mendekati hari Krismas, memanglah penting untuk menyedari bahawa ibu bapa Yesus bukanlah Yusuf dan Maria Kristus. Anak saya berasa kesal (mereka kerap menanya ini), kerana Kristus bukan nama keluarga Yesus. Kristus ialah bahagian nama-Nya yang sama penting—satu nama yang unik kepada-Nya.
Yesus ialah manusia sepenuhnya—seorang dengan emosi, selera, dan keperluan, seperti anda dan saya. Jika anda pernah berasa hampa semasa percubaan mengaitkan diri dengan Allah, ketahuilah bahawa Dia mencuba sedaya upaya untuk mengaitkan diri dengan anda. Yesus dari Nasaret merupakan dan masihlah pemberian Allah yang paling penuh belas kasihan.
Walau bagaimanapun, Kristus sama penting. Perkataan "Kristus" berasal daripada istilah Yunani "Christos," yang bermaksud "yang terpilih" atau "yang diurapi." Berulang kali dalam Perjanjian Lama, terdapat bayangan tentang Mesias yang akan datang atau Kristus akan datang yang tidak akan diurapi oleh raja duniawi. Sebaliknya, peribadi yang akan datang ini akan diurapi oleh Raja syurgawi, oleh itu, akan menjadi Kristus.
Seperti yang dibaca dalam 1 Tawarikh 17:11-14, Kristus yang dinubuatkan ini akan datang daripada Allah untuk "mengukuhkan takhtanya" dan "takhtanya akan kukuh untuk selama-lamanya."
Berdasarkan Yesaya 9:5, Dia akan menjadi "Penasihat Bijaksana, Allah Perkasa, Bapa Kekal, Raja Damai." Walaupun Dia tidak datang seperti yang kita jangkakan, Dia telah datang. Dia muncul, penuh dengan kasih sayang, dibungkus dengan lampin.
Apabila Dia sudah dewasa, Dia mula menjemput orang lain untuk mengikut-Nya. Dia menjemput kita juga. Dalam Yohanes 1:41, Andreas, salah seorang daripada pengikut terawal-Nya, berkata kepada saudaranya Simon dengan baik sekali:
"Kami sudah berjumpa dengan Mesias!" (’Mesias’ sama dengan ‘Kristus’).
Apabila kita menantikan hari Krismas, ingatlah bahawa kita tidak menunggu perayaan kelahiran seorang bayi semata-mata. Kita meraikan Kristus, penggenapan janji Allah, jaminan bahawa Firman Allah adalah baik, dan kepastian bahawa Dia masih boleh dipercayai. Bersyukurlah kepada Allah hari ini kerana Yesus, manusia, Kristus, penyelamat yang diutus daripada Allah. Seperti Andreas, kita juga sudah berjumpa dengan Mesias (iaitu, Kristus)!
Clay Scroggins
Ketua Pastor

Perihal Pelan
Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Community Church dan North Point Ministries, Inc kerana menyediakan kandungan untuk pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: northpoint.org