Keajaiban KrismasSampel

The Magic Of Christmas

HARI 5 DARIPADA 25

"Sececah Harapan"

Adakah terdapat sesiapa yang lebih penuh harapan daripada anak kecil semasa waktu Krismas? Pinterest dipenuhi kalendar DIY untuk membantu menjawab soalan kekal, "Berapa hari yang tinggal sehingga hari Krismas?" Kanak-kanak menunggu-nunggu, atau penuh harapan, bahawa keinginan mereka akan dipenuhi dan bahawa sebuah rumah anak patung atau sistem permainan akan muncul di bawah pokok.

Mereka menghabiskan masa berjam-jam memain-mainkan hadiah yang dibalut, mencuba sedaya upaya untuk meneka apa yang terkandung dalam setiap hadiah itu. Apabila hari sebelum hari Krismas datang, rasa berdebar-debar mereka memuncak. Mereka tidak dapat tidur, menantikan matahari terbit untuk membangunkan ibu bapa mereka dan mengumumkan ketibaan hari Krsimas!

Bayangkan anda hidup pada waktu menjelang kelahiran Yesus. Kegelapan politik menguasai kawasan itu; penindasan dan rasa putus asa adalah biasa. Allah telah berjanji bahawa Dia akan mengutuskan seorang Penyelamat pada suatu hari nanti. Beberapa abad berlalu dan janji itu belum digenapi, anda boleh bayangkan bahawa banyak orang kehilangan harapan. Banyak orang tidak mempercayai janji itu lagi.

Orang yang masih percaya menantikan peristiwa yang akan membentuk semula manusia sejagat—satu peristiwa yang banyak orang jangka akan berlaku melalui penakluk yang berkuasa, melalui pembebasan bangsa oleh raja yang amat berkuasa yang akan menyelamatkan mereka daripada penindasan dan perhambaan. Sebaliknya, apa yang mereka terima adalah kelahiran bayi oleh seorang wanita yang takut dalam satu senario yang luar biasa. Cerita Krismas (Penyelamat) mereka bukanlah apa yang dijangkakan.

"Baiklah, Tuhan sendiri akan memberikan tanda kepada tuanku: seorang gadis yang mengandung akan melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya ‘Imanuel.’" – Yesaya 7:14

"Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan." – Lukas 2:11

Kelahiran Yesus mewakili penggenapan janji. Dunia di sekeliling kita mungkin kelihatan gelap, dan doa kita seolah-olah tidak dijawab, tetapi sentiasa ada sebab untuk berharapan. Dia menggenapi janji-Nya. Bagaimana rupa kehidupan kita jika kita hidup penuh harapan tentang apa yang Allah mampu lakukan? Semoga musim Adven ini mewakili satu waktu yang dipenuhi harapan untuk perkara menakjubkan yang disediakan oleh Allah bagi kita. Janji-Nya tidak pernah gagal!

Shana Hamrick
Weekday
Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

The Magic Of Christmas

Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Community Church dan North Point Ministries, Inc kerana menyediakan kandungan untuk pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: northpoint.org