Keajaiban KrismasSampel
"Mukjizat Krismas yang Terlindung"
Apa rasanya kasih kurnia? Dakapan mesra? Ibu bapa yang pemaaf? Kawan yang setia? Kasih kurnia adalah salah satu perkataan Kristian yang difahami oleh beberapa orang sahaja dan sukar dijelaskan. Demikianlah penjelasannya.
Yohanes 1 memberitahu kita bahawa Yesus penuh kasih kurnia dan kebenaran. Penuh bermaksud Yesus tidaklah separuh berkasih kurnia, separuh benar tetapi betul-betul 100 peratus kasih kurnia dan 100 peratus kebenaran. Paradoks ini sukar difahami. Saya membayangkan sebuah gelas dengan dua buah kendi, satu dipenuhi kasih kurnia dan yang satu lagi dipenuhi kebenaran. Secara intuitif, saya rasa Allah akan menuangkan separuh kasih kurnia dan separuh kebenaran ke dalam gelas itu. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, Allah berdiri di situ, mungkin dengan senyum lebar, dan menuangi gelas dengan dua kendi itu, seluruh kendi, sehingga melimpah, mengotorkan tempat itu. Inilah maksud penuh kasih kurnia dan kebenaran.
Apakah yang kita lakukan dengan kasih kurnia? Kasih kurnia adalah belas kasihan dan perkenanan yang tidak patut diberikan, yang kita jumpa di dunia ini. Kasih kurnia adalah permulaan kecil, seperti perempuan berumur 8 tahun yang memberikan tempat duduknya kepada wanita hamil di dalam bas. Kasih kurnia mungkin tidak ketara, seperti meninggalkan tip yang besar untuk barista yang bergumul untuk mencukupkan perbelanjaan. Ataupun, dramatik, seperti menjadi hos makan malam Krismas untuk beberapa ratus kawan yang tiada tempat berteduh. Walau bagaimanapun kasih kurnia diberikan, kasih kurnia tidak pernah patut diberikan. Kita tidak patut menerima kasih kurnia, namun, kita menerimanya. Tidakkah kita harus memberikan kasih kurnia kepada orang lain yang tidak patut menerimanya?
Menjadi pengikut Yesus bermaksud bahawa kasih kurnia ada dalam kita. Ini bermaksud kita boleh mengambil kasih revolusioner itu, kasih kurnia yang tidak patut diberikan itu. Apabila otak kita menyedari bahawa kita telah berdosa dan harus memohon pengampunan, Yesus sudah mengampunkan kita berkali-kali. Mengapa? Kerana Yesus penuh kasih kurnia. Kasih kurnia tidak mempedulikan sama ada anda bersifat konservatif atau progresif atau sama ada anda membesar sebagai orang Kristian atau baru mula mencari Allah sekarang ini. Kasih kurnia tersedia daripada sekarang sehingga keabadian. Kasih kurnia tidak berat sebelah, tidak terbatas, dan tidak terhad.
Pada Krismas ini, tanyalah diri anda, "Dalam lingkungan manakah saya pernah mengalami kasih kurnia Allah?" Renungkan itu. Anda akan berasa terkejut untuk menyedari bahawa anda mengalami kasih kurnia setiap hari. Carilah kasih kurnia. Saya yakin anda pasti dapat menemukannya. Anda cuma perlu mencarinya. Dan, apabila anda menemukannya, mukjizat Krismas yang amat besar, tentang kelahiran Kristus, penuh kasih kurnia dan kebenaran, akan menjadi lebih ajaib.
Les Ayres
InsideOut

Kitab
Perihal Pelan
Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Community Church dan North Point Ministries, Inc kerana menyediakan kandungan untuk pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: northpoint.org