Keajaiban KrismasSampel

The Magic Of Christmas

HARI 11 DARIPADA 25

"Melihat Raja yang Salah"

Ketika Herodes menjadi raja negeri Yudea . . . – Lukas 1:5

Raja Herodes yang Agung ialah orang yang paling berkuasa di seluruh Yudea. Ia telah membina istana yang menjolok mata dan kota di Mediterranean yang dapat menyaingi Roma. Ia boleh memiliki apa jua yang dapat dibeli dengan wang atau dapat ditawan dengan kuasa. Rakyatnya cemburu dan mempersendakan jumlah makanan yang dapat dibeli oleh istana Herodes. Mereka tahu bahawa Herodes bersifat mementingkan diri dan tidak yakin pada diri sendiri, tetapi hal yang tersembunyi dan berbahaya adalah, dalam fikiran tersembunyi mereka, setiap orang ingin menjadi Herodes. Penindas yang mementingkan diri memiliki semua kuasa dan wang, dan itulah yang rakyatnya rasa mereka ingin miliki.

Sementara setiap orang melihat Herodes, seorang raja yang baru—Mesias yang dijanjikan—dilahirkan dalam keadaan yang paling hina dan tidak menarik perhatian yang dapat dibayangkan. Keadaan kelahiran-Nya yang sederhana mewujudkan suasana bagi kehidupan-Nya yang tidak mementingkan diri dan dipenuhi kasih. Sebuah kerajaan yang baru telah datang dan hampir tiada seorang pun yang menyedarinya. Ini bukanlah apa yang dijangkakan mereka.

Sekarang ini, terdapat banyak penindas yang kuat di dunia ini dan banyak orang menderita. Kuasa dan wang yang tidak terhad cenderung merosakkan, tetapi manusia masih menginginkan kedua-duanya. Kita benci pemimpin yang menindas, tetapi kita masih inginkan apa yang mereka miliki.

Ada kalanya saya fikir, sekiranya saya memiliki sebuah kerajaan, saya akan melakukan sesuatu yang berbeza. Sebenarnya, saya adalah sebahagian daripada sebuah kerajaan—kerajaan yang terbesar di dunia ini yang diketuai Raja yang maha berkuasa, yang mempunyai tugas yang khusus bagi saya.

Kuasa TUHAN Raja ada padaku, Dia telah memilih aku dan mengutus aku untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin, untuk memulihkan orang yang hancur hati, untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan, dan pembebasan kepada orang di dalam penjara. Dia telah mengutus aku untuk mengisytiharkan ketibaan masa bagi TUHAN untuk menyelamatkan umat-Nya. – Yesaya 61:1-2

Saya amat bersyukur kepada Raja saya, tetapi ada kalanya suara raja-raja yang lain mengaburkan penglihatan saya. Kesyukuran harus membawa tindakan. Berkat yang besar adalah satu kepercayaan, satu tanggungjawab. Kuasa TUHAN Raja ada pada saya. Keajaiban Krismas ialah Raja saya telah memilih saya untuk menjadi sebahagian yang aktif dalam mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin melalui perbuatan saya.

Jadi, apakah yang harus saya lakukan? Siapakah yang harus saya tolong? Saya menemukan penghiburan yang besar dalam kesedaran bahawa Raja saya sudah menentukan itu. Saya hanya perlu menanya, mendengar, dan bersedia untuk bertindak.

Durwood Snead
global(x)
Hari 10Hari 12

Perihal Pelan

The Magic Of Christmas

Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Community Church dan North Point Ministries, Inc kerana menyediakan kandungan untuk pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: northpoint.org