Keajaiban KrismasSampel
"Cahaya"
Lampu suluh merupakan salah satu ciri kegemaran saya pada telefon saya. Ciri ini membenarkan saya untuk mengalami kegelapan pekat pada satu masa dan kemudian saya berkata, "Hendaklah ada cahaya!" Dengan ketikan satu butang, tiba-tiba adanya cahaya. Apabila ada cahaya daripada telefon saya, saya boleh bergerak maju daripada kegelapan dengan yakin dan jaminan bahawa saya tidak akan terhantuk pada dinding. Cahaya adalah perkara yang baik!
Saya rasa Allah bersetuju dengan saya. Sebenarnya, selepas Allah mencipta langit dan darat, Dia berkata, "Hendaklah ada cahaya." Tiba-tiba, adanya cahaya. Allah berpuas hati melihat hal itu, dan Dia mengasingkan cahaya daripada kegelapan. Sejak itu, wujudnya perbezaan yang besar antara cahaya dan kegelapan. Sebenarnya, wujudnya tema simbolik bagi pertentangan moral yang dikembangkan sepanjang Alkitab, dan kita mengalaminya dalam kehidupan harian kita. Cahaya adalah satu perkataan dan satu idea yang digunakan berhubung dengan sukacita, kebahagiaan, dan kehidupan. Kegelapan adalah satu perkataan dan satu idea yang dikaitkan dengan kesedihan, kesusahan, dan kematian. Cahaya mewakili kebaikan dan kegelapan mewakili kejahatan.
Memanglah amat kreatif bahawa Allah menggunakan cahaya, atau lebih khususnya, cahaya di langit, untuk memimpin orang untuk menemui Cahaya bagi Dunia. Kita tahu daripada naratif Krismas bahawa cahaya (bintang) muncul tiba-tibanya di langit. Cahaya itu memimpin beberapa orang ahli kaji bintang kepada Yesus. Ini menunjukkan Allah berkata sekali lagi, "Hendaklah ada cahaya." Cahaya pastilah sesuatu yang baik. Cahaya yang diutus oleh Allah ke dalam dunia ini membawa sukacita bagi kesedihan kita, berkat bagi kesusahan kita, dan kehidupan bagi kematian kita. Cahaya adalah sebab kebaikan menguasai kejahatan dan kita dapat melihat jalan di depan kita dengan jelas. Kedatangan Cahaya ke dunia ini wajar diraikan secara BESAR-BESARAN.
Jadi, apabila kita terus meraikan keajaiban Krismas, marilah pertimbangkan kebaikan Cahaya dan ingatlah untuk membiarkan cahaya kita bersinar semasa Krismas dan sepanjang tahun.
Donald Smith
Care Network

Kitab
Perihal Pelan
Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Community Church dan North Point Ministries, Inc kerana menyediakan kandungan untuk pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: northpoint.org