Keajaiban KrismasSampel

The Magic Of Christmas

HARI 25 DARIPADA 25

"Dilahirkan Sebagai Orang yang Tidak Penting"

Hari Krismas . . . akhirnya sampai! Adanya keajaiban istimewa tentang hari yang paling istimewa ini, bukan? Mengapa? Adakah kerana semua hadiah, hiasan, makanan, dan pertemuan dengan kawan dan keluarga? Ya, tetapi terdapat banyak daripada itu lagi . . .

Kerana hari ini, di seluruh dunia, kita meraikan kelahiran seorang Penyelamat!

Berdasarkan Yesaya 9:5-6, kita menganggap bahawa nabi itu meramalkan kelahiran seorang raja duniawi, berserta bunyi nafiri, perbarisan, dan kenduri! Walau bagaimanapun Allah mempunyai rancangan yang berbeza. Yesus, Mesias, tidak akan dilahirkan dengan perayaan seorang wira. Dia akan dilahirkan sebagai orang yang tidak penting. Dia tidak dilahirkan dengan kekayaan, kuasa, atau hak istimewa. Dia tidak juga dilahirkan di dalam bangunan, tetapi di dalam kandang, dikelilingi binatang ternakan, kepada remaja yang belum kahwin. Dia tidak dilahirkan seperti seorang raja.

Yesaya 53:2-3: "Rupanya tidak elok ataupun tampan, sehingga kita tidak tertarik kepadanya. Tiada apa-apa padanya yang menarik hati, yang membuat kita mengingini dia. Kita menghina dan menolak dia, dia menderita kesengsaraan dan kesakitan. Tidak seorang pun hendak memandang dia; kita pun tidak mempedulikan dia."

Bukan seorang wira. Orang yang betul-betul tidak penting. Namun, itulah kecemerlangan hadiah muktamad Allah kepada kita: keindahan sebenar, kekuatan, dan tujuan Penyelamat kita akan menjadi jelas melalui pengajaran, belas kasihan, kasih, dan akhirnya, pengorbanan-Nya.

Kristus datang ke bumi dan dilahirkan dalam cara yang tidak penting sekalipun demi mengalami sukacita, kesakitan, penderitaan, dan keseksaan kita secara langsung. Ini menempatkan-Nya setara dengan setiap seorang daripada kita.

Jadi, hari ini, kita meraikan kelahiran seorang Raja—tetapi bukan sebarang raja. Raja Segala Raja, yang betul-betul memahami sukacita terbesar dan penderitaan terdalam kita. Sesuatu memberitahu saya bahawa hari ini, anda juga mengalami salah satu daripada emosi tersebut.

Hari ini mungkin dipenuhi sukacita. Ataupun, hari ini mungkinlah hari yang paling sukar sepanjang tahun ini. Namun, di mata Bapa syurgawi anda, anda bukanlah orang yang tidak penting dan tidak mungkin menjadi orang yang tidak penting. Anda ialah anak Allah yang disayangi, dikasihi, dan dihargai, dan anda telah dicipta menurut gambar-Nya. ANDA adalah hadiah di mata-Nya, dan saya berdoa agar anda menemukan penghiburan dalam kebenaran itu.

Semoga kedamaian Kristus menyertai anda hari ini, dan Selamat Hari Krismas!

Reid Greven
Media
Hari 24

Perihal Pelan

The Magic Of Christmas

Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Community Church dan North Point Ministries, Inc kerana menyediakan kandungan untuk pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: northpoint.org