Keajaiban KrismasSampel
"Aku adalah AKU"
Walaupun kita paling kerap membaca dan mengatakan, "Tuhan" (daripada Alkitab Bahasa Malaysia kita), terjemahan Ibrani asal, Yahweh, secara harfiahnya bermaksud "Aku adalah." Istilah ini adalah sederhana dan agung pada masa yang sama. Istilah ini menunjukkan kewujudan tetapi juga kehadiran aktif. Salah satu masa Allah menggambarkan dirinya demikian adalah kepada Musa selepas ia melarikan diri dari Mesir. Musa sedang menjaga domba orang lain, tidak pasti tentang masa depannya dan keupayaannya untuk mengubah situasinya. Musa ialah manusia seperti anda dan saya yang menemui Allah yang peribadi, yang merupakan "Aku adalah" yang esa dan benar.
Bagi banyak orang, musim cuti adalah masa untuk berkumpul bersama dan meraikan kehidupan dengan keluarga dan kawan. Sebaliknya, musim cuti jugalah masa kita diingatkan tentang orang yang dikasihi yang telah meninggal dunia dan tidak dapat meraikan musim ini bersama kita. Beberapa tahun lalu, saya kehilangan ayah saya kerana penyakit barah yang lama dan menyeksakan. Ada kalanya, saya masih bergumul dengan kehilangan keluarga saya dan berfikir bahawa ayah saya tidak pernah mengalami ketenangan selepas ia mendapati dirinya menghidap penyakit yang membawa maut. Tidak memiliki jawapan bagi soalan mengapa dan bagaimana merundungnya dengan ketakutan dan kepahitan. Sekarang, saya mempunyai soalan mengapa dan bagaimana tersendiri, tetapi saya telah belajar untuk berasa yakin dalam kesedaran bahawa Yahweh faham, meskipun semasa kita tidak faham.
Dia mengambil berat tentang kita, mendengar seruan kita, dan mempunyai rancangan yang lebih baik daripada percubaan terbaik kita. Melalui keraguan, keremukan, dan ketakutan, Allah masih berkata, "Aku adalah AKU." Dialah penghiburan yang anda perlukan. Dialah pemandu yang anda inginkan. Dialah kebenaran yang anda cari-cari. Pada musim cuti ini, walau apa pun situasi kita, kita boleh bersukacita dan mengalami kedamaian melalui Yahweh. Jawapan bagi pujian kita, seruan kita, harapan kita, dan ketakutan kita ialah "Aku adalah."
Matthew Carroll
Kemudahan

Kitab
Perihal Pelan
Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Community Church dan North Point Ministries, Inc kerana menyediakan kandungan untuk pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: northpoint.org