Keajaiban KrismasSampel
"Hati yang Bersyukur"
Beberapa tahun lalu, hari Krismas sudah hampir dan keadaannya tidak rasa seperti Krismas. Saya tidak berasa ingin merayakannya. Sesuatu yang tidak diduga telah melanda kehidupan saya, dan saya mengalami kesukaran menerima "kebiasaan baharu" saya. Suami saya menerima rawatan di hospital dan, kalau hendak dikatakan, perkahwinan saya mengalami ketidakpastian. Walau bagaimanapun, saya mempunyai empat orang anak perempuan yang ingin sangat merayakan Krismas.
Mereka mempunyai keajaiban Krismas dalam hati mereka dan kekaguman pada mata mereka. Jadi, saya mempunyai pilihan. Saya boleh memilih untuk menumpukan perhatian pada perkara yang tidak kena, atau saya boleh memilih sukacita. Saya memilih untuk bersyukur kerana segala sesuatu yang berjalan lancar. Kawan saya, John Woodall, kerap berkata bahawa kebaikan dan kesusahan berjalan seiring. Memang betul! Bagaimanakah anda berulang-alik antara kebaikan dan kesusahan? 1 Tesalonika 5:15-28 berkata, "Sentiasa bersukacita, berdoalah sentiasa, bersyukur dalam segala keadaan; kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus."
Satu hal praktikal yang dilakukan oleh saya adalah menyenaraikan perkara yang membuat saya rasa bersyukur. Pada mulanya, hati kecewa saya hanya dapat memikirkan perkara asas seperti kesihatan saya, kesihatan anak saya, rumah kita, pekerjaan saya, kumpulan kecil saya, kawan saya, keluarga saya, dsb. Walau bagaimanapun, apabila saya terus menulis, saya sedar bahawa saya bersyukur terhadap orang yang saya temui kerana situasi sukar yang dihadapi.
Ya, keadaannya memang sukar, tetapi selepas saya berfikir tentang perkara yang membuat saya rasa bersyukur, hati saya mula berubah. Saya mula rasa tenang dan sebenarnya mula berasa teruja tentang merayakan hari Krismas dengan anak perempuan saya. Saya sedar bahawa Allah MENYERTAI saya dan BERPIHAK kepada saya. DIALAH yang memberikan segala sesuatu yang telah saya catatkan itu. Dia mempunyai rancangan. Saya boleh "berdiam" dengan hati yang bersyukur.
Apakah yang anda perlu rasa bersyukur pada musim ini? Adakah anda berupaya menemukan sukacita pada masa susah? Adakah anda berupaya mengatasi keadaan anda dan menumpukan perhatian pada segala sesuatu yang telah dilakukan oleh Yesus bagi anda? Apakah rupanya membenarkan Yesus memikul beban tersebut supaya anda boleh bersyukur kerana segala sesuatu yang berjalan lancar?
Jenny Boyett
Assimilation

Perihal Pelan
Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Community Church dan North Point Ministries, Inc kerana menyediakan kandungan untuk pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: northpoint.org