Keajaiban KrismasSampel

The Magic Of Christmas

HARI 21 DARIPADA 25

"Disatukan oleh Kristus"

Apabila hari Krismas hampir tiba, kita diingatkan oleh cerita ajaib tentang kelahiran Yesus dan harapan yang dibawa oleh peristiwa itu. Kita teringat pada orang majus dan gembala yang datang melawat Raja baru lahir itu. Kita menggambarkan bayi dalam palung dengan binatang dan rumput kering di sekeliling-Nya. Babak natal ini adalah gambaran indah di mana banyak orang yang berbeza disatukan melalui satu orang.

Orang majus yang datang dari negeri asing, gembala bertaraf rendah dari padang yang berdekatan, Yusuf dan Maria dari kota yang lain, malaikat yang bernyanyi dan mengkhabarkan kemuliaan Allah, dan juga binatang menyaksikan kelahiran Penyelamat ini ke dunia ini. Setiap satu daripada makhluk tersebut tiba di babak ini dalam cara yang berbeza dan berasa kagum akan Allah secara berbeza.

Babak ini menunjukkan kesatuan, tentang Allah yang dimuliakan di syurga dan di bumi. Kita mengetahui selebihnya cerita itu—bahawa Yesus akan mati dan dibangkitkan kemudiannya meninggalkan kita dengan Roh Kudus untuk memimpin dan mengarahkan kita serta menghubungkan kita dengan Allah.

Ini betul-betul bahagian Krismas yang ajaib . . . bahawa Allah mahu kita menjadi sebahagian daripada tubuh-Nya dan disatukan dengan-Nya untuk selama-lamanya. Dalam 1 Korintus 12, Paulus menulis bahawa terdapat kurnia roh, pelayanan, dan kerja yang berbeza—tetapi Allah yang sama.

Setiap seorang daripada kita menerima sesuatu yang berbeza, namun kita adalah sebahagian daripada tubuh yang sama, dan kita menggunakan kurnia tersebut untuk tujuan yang sama. Saya mendorong anda untuk merenungkan kurnia roh yang telah diberikan kepada anda oleh Roh Kudus dan bagaimana anda boleh menggunakannya untuk melayani Allah.

Fikir juga tentang orang dalam lingkungan anda dan bagaimana kurnia roh mereka adalah berbeza, namun, mereka juga melayani Allah yang sama. Apabila kita saling menggalakkan satu sama lain dan menggabungkan kurnia tersebut, kita akan mendapati diri dalam babak yang sama seperti babak natal itu—banyak orang yang berbeza dari tempat yang berlainan disatukan dengan sukacita dan pujian serta keharmonian demi kemuliaan Allah, Bapa kita.

Brooke Rogers
Weekday
Hari 20Hari 22

Perihal Pelan

The Magic Of Christmas

Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Community Church dan North Point Ministries, Inc kerana menyediakan kandungan untuk pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: northpoint.org