Keajaiban KrismasSampel
"Peluang Seumur Hidup"
"Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan" – Yohanes 10:10
Saya ingin membuat pengakuan. Saya adalah salah seorang daripada orang aneh yang tidak pernah bosan dengan musim Krismas, walau bila-bila pun. Kita semua mempunyai mekanisme kendalian. Sesetengah orang membeli-belah. Sesetengah orang memakan gula-gula. Saya mendengar lagu Krismas.
Ada sesuatu tentang Krismas yang membuat saya senyum. Jadi, sudah tentu apabila Krismas tiba, saya ingin manfaatkan sebaik-baiknya musim ini. Saya seolah-olah mengalami FOMO (perasaan takut apabila ketinggalan daripada perkembangan semasa) Krismas. Saya ingin memastikan bahawa saya mengalami musim ini sepenuhnya, maka bulan Disember saya dipenuhi lawatan Santa, tiket Nutcracker, rombongan pokok Krismas, peraduan rumah kek halia, pameran lampu musim cuti, konsert karol, setiap wayang Krismas yang ditayangkan, dan terlalu banyak parti Krismas untuk dihitung. Tidak hairanlah bahawa setiap kali bulan Januari tiba, saya bersedia untuk tidur lama.
Barangkali anda dapat mengaitkan diri dengan perasaan ini. Sementara perasaan ini tidak salah, memanglah mudah untuk lupa akan sukacita yang Allah ingin tunjukkan kepada saya pada pertengahan musim ini. Di tengah-tengah kesibukan, saya diingatkan supaya hadir, mencari, dan menyedari bahawa Allah sedang bekerja.
Musim Krismas merupakan masa untuk meraikan apa yang telah dilakukan oleh Allah dalam kehidupan saya, untuk merenungkan tahun lalu, dan untuk melihat Allah dalam perkara kecil di sekeliling saya. Apabila saya dapat melihat setiap hari melalui kanta iman, harapan, dan peluang, Allah muncul dan menggunakan saya dalam cara yang tidak pernah diduga.
Semasa saya beralih daripada parti ke parti, saya sedar bahawa saya berpeluang menggalakkan orang lain, untuk membawa gelak ketawa kepada orang yang mengalami kesukaran, dan untuk bermurah hati kepada orang asing. Satu konsep ini telah mengubah seluruh pendekatan saya terhadap musim Krismas. Memanglah menakjubkan betapa banyak saya melihat Allah apabila saya betul-betul mengambil masa untuk mencari-Nya bekerja dalam kehidupan saya. Daripada senarai tarikh pada kalendar saya, saya menyedari betapa banyak peluang yang saya miliki untuk lebih mengenali Allah dan untuk mengalami sukacita yang diniatkan-Nya untuk saya sepanjang tahun. Dalam lingkungan manakah Allah sedang bekerja dalam kehidupan anda? Apakah peluang yang diberikan-Nya kepada anda hari ini?
Leah Selby
Care Network

Kitab
Perihal Pelan
Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Community Church dan North Point Ministries, Inc kerana menyediakan kandungan untuk pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: northpoint.org