Keajaiban KrismasSampel
"Orang Majus yang Bergerak"
Pada permulaan setiap musim Krismas, saya membuka pusaka keluarga turun-temurun saya yang paling sentimental, sebuah vas botol susu yang kecil dengan pemegang lilin lukis tangan yang kompleks di dalamnya. Lilin bulat diletakkan dalam pemegang itu. Kelihatan membosankan, bukan? Namun, apabila dinyalakan, ini adalah benda yang paling ajaib yang saya miliki.
Seni kerja yang indah dan mengagumkan pada pemegang lilin ini menunjukkan tiga orang majus yang menunggang unta dan bintang yang terang pada langit. Pergerakan api lilin menjadikan imej itu kelihatan seperti sedang bergerak dalam botol itu. Semasa kecil, saya duduk berjam-jam memerhatikan orang majus itu bergerak ke arah bintang itu, tidak menyedari bahawa kedipan api lilin itulah yang menghasilkan ilusi ini.
Setiap hari sebelum Krismas, apabila semua orang tidur, saya duduk diam dalam kegelapan dan melihat cahaya vas orang majus yang bergerak di hadapan saya. Saya merenungkan orang majus yang sebenar itu, yang sentiasa menjangkau, mencari, bergerak ke arah Penyelamat Dunia.
Adakah kita bergerak ke arah Yesus seperti orang majus itu? Ataupun adakah kita bergerak dalam lingkungan yang didorong oleh tugas? Orang majus mempunyai bintang indah yang terang untuk diikuti. Peranti GPS kita adalah jauh lebih berkuasa: Kita mempunyai Roh untuk menjadi suar yang tidak mungkin gagal ke arah Kristus. Walau bagaimanapun, demi tidak berpusing-pusing tanpa tujuan, kita perlu mematikan "kita" dan membenarkan api Roh untuk memimpin kita ke arah Yesus.
Bintang tidak menggagalkan orang majus. Bintang itu bersifat kudus, betul-betul ditempatkan oleh Allah untuk menyokong nubuatan Mikha tentang tempat lahir Tuhan kita. Sudah tentu, Roh Allah yang hidup tidak akan menggagalkan kita. Roh-Nya akan memimpin kita kepada-Nya dan jika kita berserah sepenuhnya, kita akan sampai ke destinasi kita dengan penuh sukacita!
Alangkah sukacitanya ahli-ahli kaji bintang itu apabila mereka nampak bintang itu. Bintang itu mendahului mereka, lalu berhenti di atas tempat Anak itu. Mereka masuk ke dalam rumah itu dan nampak Anak itu dengan ibu-Nya Maria. Mereka sujud menyembah Anak itu. – Matius 2:10-11 BM
Pada musim ini dan setiap musim akan datang, nyalakan Roh di dalam anda! Bergerak sentiasa ke arah Anak Allah, seperti orang majus. Walau apa pun rupa bumi, jika Roh itu memimpin, tujuan dan sukacita akan ditemui dalam setiap bahagian perjalanan itu sehingga hari kita sujud dan menyembah Raja segala Raja secara langsung!
Beth Pettry
Waumba Land

Kitab
Perihal Pelan
Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Community Church dan North Point Ministries, Inc kerana menyediakan kandungan untuk pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: northpoint.org